Posts

Showing posts from 2014

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Puisi hati

Image
Lembar salju itu, Ku lakarkan indah bait-bait puisiku, Tatkala hati sedang celaru, Ralit jemariku menggerakkan pena, Mencoret rasa yang terbuku, Akalku ligat memerhati, Tarian aksara dan bunga bahasa yang Bermain di fikiranku... Namun, Lemahnya aku, Kerana terkadang, Lembar putih ini, lebih dahulu tahu, Akan isi hatiku, Berbanding Tuhanku.. Kadangkala, bunga-bunga madah lebih ku lafazkan, Dalam tarian pena yang menari  di atas lembar p utih salju, Adakalanya, saat doa ku panjat buat Tuhanku, Aku ibarat bisu tanpa sebarang kata indah buatNya... Betapa aku insan lemah, yang selalu mengadu, Pada sehelai kertas putih, Namun jarang ku curahkan isi hatiku, Lewat pertemuan dalam tahajud bersama Tuhanku... Mungkin, keadaan imanku, Parah dek kerana calitan dosa, Yang tak pernah habis merobek dengan noda, Tuhanku… Bantulah daku, hambamu.. Yang terlalu lemah dan tak berdaya ini, Agar aku, mampu menampal segala khilaf dan dosa,

^.^

Image
Wahai jasad pemilik jiwa, Saat engkau berseri dengan cinta Ilahi, Maka kekallah engkau dengan warna yang indah, Jangan sesekali terpengaruh dengan rasa gudah, Yang datangnya dari pesona dunia, Harus kau fahami, Dunia itu indah, namun seringkali membawa derita yang tak sudah, Andai engkau meletakkannya erat di hati, Maka bersedialah menghadapi pelbagai karenah, Letakkanlah ia cuma di tangan, Maka akan tenanglah hatimu,  bersama rasa ’izzah dari Tuhan-Mu. #Syifa'Qalbi

Surat untukmu sahabat

Image
Assalamualaikum... teristimewa untuk sahabat yang dikasihi,, Duhai sahabat.. aku tahu, saat ini, engkau kecewa padaku, kerana sudah jarang aku mengirim khabar padamu, jarang juga, aku berukhuwah denganmu, namun sahabat,  aku ingin engkau tahu, aku tidak pernah lupa padamu, Aku mahu,  engkau fahami situasiku sahabat, aku bukan sehebat dirimu,  Allah kurniai aku, sekeping hati yang mudah tersentuh, dan jujur aku katakan, saat aku bertanyakan khabarmu, aku kecewa dengan tindakanmu sahabat, ingin sahaja aku mengatakan sesuatu padamu, namun aku tidak tega, mengatakannya kepadamu, kerana aku tahu, itu akan menambahkan lagi kelukaan.. mungkin, engkau terlalu sedih, kerana aku sudah lama tidak menghubungimu... tapi.... aku lebih sedih,, jika engkau bertindak sedemikian sahabatku... janganlah kau uji kekuatan hatiku ini, dengan kedinginanmu.. janganlah engkau bertindak sebegitu lagi, kerana aku menyayangimu sahabat.... Jangan

Layakkah aku ???

layakkah aku, untuk mencintai seseorang, andai cintaku belum mencukupi untuk mencintai sang Tuhan layakkah aku memberi sedikit ruang untuk merindui seseorang, Andai kasih dan rinduku belum terbit untuk Tuhan layakkah untukku menangis kerana seseorang, Andai tiada titis air mata itu jatuh kerana takut pada Tuhan. layakkah? layakkah? Dan.. layakkah aku?? Jauh di sudut hatiku, aku tahu, Allah itu masih menyayangiku, Kerana apa? Terkadang ia datangkan kekecewaan, Agar aku  lebih kuat di kemudian hari, Ia ajarkan aku erti sebuah kesabaran, agar aku lebih tabah dalam meniti kehidupan, Dan, Ia ajarkan aku erti cinta, Agar aku lebih mencintai dan merinduinya.. Ya Allah, Tidak ada lagi yang ku harapkan kerana segalanya datang dariMU, Dan aku yakin,  segala yang engkau berikan, pasti ada hikmah yang tersimpan...

Manisnya sebuah pengalaman.

Image
P/s: ambillah ibrah.. (sekiranya ada) disepanjang coretan ini. Jika ada yang tidak baik..tinggalkanlah...  "Pentingnya pengalaman hidup di dunia ini, bukan sahaja mengajar kita erti hidup, tapi turut menjanjikan kenangan pahit dan manis." sungguh aku sangat terkesan dengan kata-kata ibuku ini... memang benar, setiap apa yang kita lalui dalam hidup ini, adalah umpama sebuah sekolah. Di dalamnya ada guru dan ada ilmu...sudah pasti, dalam proses untuk menuntut ilmu itu, ada banyak pengalaman yang boleh kita jadikan sebagai suatu  persediaan di masa hadapan. Kelak nanti, segalanya akan menjadi sebuah kenangan yang sangat indah untuk disimpan... Majlis hari raya Apa yang aku lalui selama 7 bulan, sangat membekas di hati ini.. pengalaman menjadi guru untuk sementara bukanlah sesuatu yang sia-sia, bahkan sebenarnya, ada sesuatu yang Allah mahu aku belajar daripadanya. Memang aku akui, tugas seorang guru itu, tidak mudah...sangat banyak cabaran dan rintangannya. Melihat

Sahabat.

Image
 Untuk sahabat yang tersayang. Telah pernah ku nukilkan bait kata untukmu. Kali ini, biarlah gambar ini sahaja yang berbicara..akan isi hatiku. Terima kasih sahabat... kerana telah menceriakan hari2 ini, memayungi saat hujan membasahi hati, dan sentiasa bersamaku walau apa pun situasi. Terima kasih..kerana sudi menerimaku..sebagai sahabatmu..meski banyak kekurangan yang ada pd diri ini...moga ukhuwah ini, mampu membawa ke syurga yang hakiki... Amiiin... "Tidaklah berkasih sayang dua orang kerana Allah melainkan Allah mencintai keduanya lebih daripada cinta mereka antara satu sama lain." moga dirimu, Allah jaga selalu... Walau kini, jauh mengejar cita, namun ukhuwah ini jangan pernah dilupa. Indahnya aturan Allah, menemukan kita pada waktu yang tepat..dan memisahkan kita, juga pada waktu yang tepat... moga saat kita akan bertemu lagi... menjadi lebih erat dan rapat.  Juga untuk sahabat yang baru ku temui..moga ukhuwah kita akan kekal dan erat kerana Allah..

Rindu

Image
andai rindu itu, mampu ku lunasi seperti dedaun yang gugur, pasti akan ku biarkan ia, beterbangan seperti daun itu, lalu pergi ke arah insan ku rindu selalu...      Mengenang sebuah memori, yang takkan dapat untuk diputar kembali. Masihku ingat lagi, segala karenah sahabat2 ku ini. Tidak pernah aku berasa berseorangan bersama mereka. Kerana Allah pertemukanku dengan mereka, segalanya menjadi terlalu indah, meskipun kini, jauh kami terpisah. Namun, ukhuwwah akan tetap tersimpul, Rinduku pada mereka, tak mampu untuk ditafsirkan dengan madah kata. Terasa sangat bersyukur, kerana dipertemukan dengan salah seorang dari mereka. meskipun tidak semua. Moga Ukhuwwah kita ini, mampu membawa ke syurga.      Hadir jua sebuah rindu yang takkan pernah padam dalam hatiku. Yakni rindu untuk ibu dan bapa, serta adik-adikku. Berada jauh di perantauan, membuatkan rasa ini semakin membuak. Bagai ada yang ingin merembes keluar dari kolam mata...Hanya Allah tau apa yang tersemat rapi dalam san

Jaga kemuliaan Alquran

Image
Kali ini, suka untukku bicarakan, soal menjaga kemuliaan Al-quran. Aku sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan tentang ini, namun, dengan sedikit pengetahuan yang ada, In Shaa Allah... akanku coretkan.     Masihku ingat lagi, sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, bapaku memang seorang yang amat tegas. Apatah lagi bila masuk pada bab membaca Al-quran dan solat. Maka kami adik beradik sememangnya sangat takut bila bapa mengajar Al-quran. Sehinggakan aku pernah menangis disebabkan bapa memarahiku kerana membaca dengan tajwid yang 'berterabur'...Huhu... begitu juga dengan adik-adikku, masing-masing ada pengalaman sepertiku...heheheh... Namun, didikan yang wujud dalam keluarga kami itu, sangat berkesan. Meskipun kami bukanlah dari kalangan orang-orang yang alim dan warak, bi'ah soleh/solehah tetap dapat dirasai. Ibu dan bapaku, orang yang biasa saja... Namun aku bersyukur, kerana mereka sangat mementingkan pendidikan agama untuk kami semua. Setiap kali sesudah

Bapaku sayang

Image
Untuk Bapaku tersayang, Tangan tua itu, Keras kurasakan, Tiap kali ku kucup tangan itu, Urat-urat yang timbul, Seolah bercerita kepadaku, Segala jerih payah yang dilalui, Oleh bapa yang ku sayangi, Bapa ku ini, Menyimpan seribu rahsia, Yang tidak ku ketahui, Kadangkala, kesusahannya tidak di beritahu, Luluh hatiku melihat bapaku, sering bersusah payah menafkahi kami, Dan di bibirnya, tidak pernah sekalipun, aku mendengar keluhan, dan yang ada cuma senyuman, yang cukup mendamaikan, Kadangkala, mengalir air mata ku ini, Melihat bapaku bersusah payah sebegitu, Azamku pada diri, Suatu masa nanti, Tidakkan aku biarkan bapa bersusah payah lagi, Biarlah mereka bersenang nanti, Sedih ku rasakan, Bila melihat pada rambut putih yang memenuhi, Tapak kaki yang keras, Menjadi saksi, bapaku semakin beranjak ke usia emas, Dan bapa, tidak pernah sesekali, Menunjukkan kelemahan kepada kami, Bagiku, bapalah pelindung kami, T

Lembaran Baharu

Image
1 September 2014... Allahu allah.. tiada kata yang dapat untuk diungkapkan untuk menzahirkan rasa syukur... Alhamdulillah...syukran Ya Allah... kini, diriku berada jauh di perantauan...sekali lagi, penghijrahan ini tetap menuntut diri untuk meninggalkan ibu dan bapa, serta adik-adik yang tercinta. Kali ini, lebih jauh....namun, aku cuba untuk gagahi, demi mencari permata ilmu yang ada di sini. Tidak akan ada kesenangan sebelum adanya kesulitan... Allah telah pun menegaskan 2 kali dalam surah As Syarh, ayat 5 dan 6....  " sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kesenangan..." semat baik-baik dalam hati...walaupun perlu merantau jauh ke negeri orang, aku harus tetap meneruskan perjuangan. Menuntut ilmu memang terlalu banyak likunya. Apa yang penting bagi kita semua adalah NIAT.. ya.. Inna mal a' malu binniat... ( sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat) muhasabah semula diri kita yang terlalu banyak khilaf dan dosa, terutamanya diri

Kerana Allah Tahu Kita Mampu

Image
Di saat menginginkan sesuatu, lalu yang kau peroleh bukanlah seperti yang engkau harapkan... maka apa yang bakal terlintas di benak kalbumu itu, Sedih?? Marah?? atau kecewa?? maka di sinilah perlu kita fahami, erti redha dan tawakkal dengan sebenar-benarnya. Kadangkala, Mudah saja meluncur kata-kata ; "Aku redha dengan semua ini" " Apa sahaja yang berlaku, kita kena redha dan sabar" "jangan risau, tawakkal pada Allah" Ya, pada diriku sendiri, mudah untuk melafaznya, namun sejauh mana kita menghayati dan memahami serta beramal dengan konsep redha, tawakkal dan sabar jika kita selalu sahaja putus asa dan mengalah. Bila kita tidak mendapatkan sesuatu, mudah sahaja melatah, malah kadangkala, merungut tak sudah-sudah. Buang!!! Buangkanlah segala sifat itu. Belajarlah untuk sentiasa bersangka baik, bukan sahaja pada manusia, tapi juga pada Pencipta... Tidak mendapatkan sesuatu yang kita minta, bukanlah bermakna Allah itu zalim.  Tidak...Ke

Si kecil Isqandar

Image
Isqandar Melihat telatah lincah si kecil ini, cukup mencuit hati setiap insan yang memandangnya. Mendengar suaranya sahaja, cukup membuatkan hati ini gembira, sepertimana riangnya dia bermain bersama sahabatnya. Melihat ke dalam matanya, bening, dan penuh dengan harapan. Itulah dia, si kecil Isqandar. Meskipun baru berumur 6 tahun, namun ia begitu matang pada fikiranku. Masih segar di ingatan, saat pertama kali melihatnya, aku seolah takut untuk mendekatinya, kerana aku tidak punya banyak pengalaman berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil sepertinya. Bimbang akan membuatnya menangis.. =)... Namun, bila ia datang sendiri kepada ku, sambil mengadukan masalahnya, membuatkan aku teruja, untuk mendekatinya, dan dua orang sahabat yang seumur dengannya, Ain dan Ilham. Ia mudah untuk diajar, malah sangat patuh pada arahan. Tidak pernah membantah, dan senyumnya sering terukir, sambil menunjukkan barisan giginya yang masih indah tersusun, membuatkan kami sangat selesa dengannya

Hidup ini biar Allah redha

Image
Bismillah... Sedikit nukilan rasa yang ku coretkan, Hidup kita bukan untuk sia-sia..kerana Allah mencipta kita dengan tujuan... kita punya amanah, yang tergalas di bahu seorang hamba bernama manusia.. dan itu adalah KITA... kerana itu,  hidup ini biar Allah redha... Pejamkan matamu, rasakan dengan jiwamu, pasti tiada yang lebih indah dan damai melainkan kau sandarkan segalanya kepada Ilahi... Biarlah ujian datang bertalu, namun kau tetap sabar dan utuh memegang amanah Tuhanmu...teguh dan sabarlah..kerana kesusahan yang dirasai, saat berjalan di atas dunia, akan di balas dengan syurga yang indah di akhirat sana, dengan syarat engkau redha dan menerima segala-galanya.. " Sesungguhnya, kita takkan pernah tahu, bagaimana Allah 'melukis' hidup kita, Namun, berdoalah pada-Nya agar lukisan itu sentiasa indah...kerana itu, terimalah setiap ujian dan kesulitan dengan redha,dan anggaplah ia adalah salah satu warna, yang Allah letakkan, untuk menjadikan kanvas it

Bulatan Gembira

Image
Usrah , Aku mula mengenali usrah, ketika berada di tingkatan satu... Mulanya, aku beranggapan, usrah ini hanya terhad pada program sekolah semata-mata, namun, ternyata, ia ada di mana-mana... Indahnya, saat berada dalam bulatan itu, Simpul senyuman saling terikat, ukhuwah juga semakin erat, Usrah, bukan sekadar pengisian jiwa semata-mata... tetapi ia turut menjadi medium, menyambung silaturrahin sesama ahlinya.. segalanya terasa bahagia, bila berada dalam Usrah. Ilmu semakin bertambah, muhasabah jiwa juga sentiasa ada, Dari Usrah, aku banyak mengenali da'ie, juga banyak mempelajari dakwah.. aku juga dapat mengenal sahabat-sahabat yang selama ini, ku kenali sekadar namanya sahaja. Namun dengan usrah, segalanya di kongsi bersama, ibarat sebuah keluarga... Betapa indahnya, andai kita dapat berada dalam bulatan itu selalu... sentiasa ada yang mengingatkan kita, untuk menjadi insan yang bertaqwa.... Terima kasih..untuk semua kakak-kakak naqibah, yang pernah memb

Kerana Aku Jatuh Cinta Padanya...

Image
Bismillah... Kerana aku, jatuh cinta padanya....   # mungkin, gaya bahasanya tak secantik puisi yang dikarang oleh orang yang pandai bermadah kata,..... Aku jatuh cinta, pada perjuangan, Kerana IA yang telah tiada, Kerana semangatnya, aku bangkit semula, Dan semangatnya itu, akan selalu ku bawa, Agar cintaku semakin bercambah, Meskipun usia semakin luput dimamah masa, Allah, aku jatuh cinta, Pada sebuah perjuangan nyata, yang membakar semangatku untuk meneruskan  Segala impian yang tergendala Ya!! Benar Ya Allah.... Aku telah jatuh cinta, Pada perjuangan menuntut ilmu Mu, Kerana itu, Akan ku penuhi dadaku dengannya, Untuk ku gapai impianku, Lantas merealisasikannya dengan cukup bermakna... Aku tahu, Segalanya takkan mudah, Kerana itu, aku perlu mujahadah, Moga Engkau permudahkan jalannya... Berikan aku kekuatan, Agar sentiasa kuat dan tabah, Sehingga aku berjaya berbakti untuk Agama dan ummah

Nukilan Hati 2

Lama merenung diri, Muhasabah menemani hati, Benarkah cinta ini suci, Kerana seringkali, Aku selati dengan ingatan yang tiada henti, Kepada insan yang belum halal buat diri, Benarkah cintaku suci, Andai perasaan ini begitu daif untuk ilahi, Juga buat nabi, yang lebih layak dicintai, Ya rabb… hamba yang bagaimanakah aku ini? Seringkali ku melafaz janji, Takkan pernah menduakan Mu di hati, Namun, tindakan dan perlakuanku berbeza sekali, Setelah aku kecewa dengan dunia ini, Saat itulah aku meminta belasMu kembali, Setelah ku peroleh apa yang aku kehendaki, Aku lupa pada-Mu yang memberi rezeki, Allah, aku rasa malu, Malu untuk menghadapmu, Kerana aku insan yang sering mengungkap janji, Namun jarang ku tepati, Maafkan khilaf hambamu yang hina ini, Bantulah aku agar kembali kepada fitrah insani, Kerana aku ingin, untuk mencintai-Mu Dengan sepenuh hati.... Berilah kesempatan, buat ham

'Sakit' wanita di bulan Ramadhan.. Ayuh jadikannya berpahala

Image
Ummulmukminin Aisyah r.a didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan,            " Rasulullah menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya; kenapa denganmu? Adakah kamu sedang uzur? 'Ya'.. lalu baginda memujuk: "inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." ( Riwayat Al-Bukhari)               Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud: " Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya sepertimana dia lakukan ketika sihat dan bermukim" (Riwayat Al-Bukhari)       Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita melakukan ibadah rutinnya termasuklah puasa Ramadhan. sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika waktu sihatnya, maka pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia 'sakit'.      Maka, duhai wanita tersayang, janganlah berasa sedih sekiranya 'teman baik' itu datang menemuimu saat Ramadhan bertamu...kera

Nikmat Ramadhan yang Indah

Image
BISMILLAH.. " Allahumma baariklana fi rajab wa sya'baan wa ballighnaa.. ramadhan...' tidak berapa lama lagi, bulan ramadhan bakal menjelma..moga diberi kesempatan untuk merasai dan bertemu dengannya.. Tahun ini, tahun pertama kami merasai suasana berpuasa ramadhan bersama keluarga ^-^...setelah 7 tahun menjalankan ibadah itu di sekolah tercinta...Alhamdulillah.. segala puji hanya padaNya.. sedikit nukilan rasa untuk sahabat2 tercinta.. entah bilakan kita rasa nikmat ramadhan bersama.. masihku ingat lagi, kenangan bersahur, dan berbuka bersama-sama..sungguh indah memori yang tercipta..saat itu segalanya tiada beza..kita duduk dalam bulatan mesra..meskipun sebelum itu kita jarang duduk bersama... Ramadhan di sekolah tercinta, adalah salah satu nikmat yang paling indah pernah aku rasa.. meskipun jarang mendapat peluang untuk berpuasa bersama keluarga, namun suasana di sekolah itu sendiri membuat aku merasakan nikmat ramadhan seperti di rumah.. suasana berbuka pu

Biarkan gambar itu berbicara

Image
Wahai insan yang bergelar anak, hargailah ibu bapamu, selagimana mereka masih ada, berbaktilah kepada mereka, sayangilah mereka, kasihilah mereka... ringankanlah tangan dan mulutmu, buat menadah doa untuk ibu bapamu.. siapalah kita, tanpa mereka... Buat bapa, Zainul Baharom, dan ibu, Fatimah Jaimah Amarun, Terima kasih atas segalanya... sayang ibu dan bapak selalu.... Ingatlah, bahawa redha Allah itu, bergantung pada redha ibu dan bapa kita... Jadilah anak yang soleh dan solehah.. berusahalah untuk membahagiakan mereka, walaupun susah mana kehidupan kita..  semoga cinta buat ibu dan bapaku, sentiasa mekar dalam sanubariku,  betapa diri ini sangat bersyukur, kerana Allah memberi peluang untuk merasai nikmat memiliki ibu dan bapa, merasai nikmat kasih sayang mereka... moga kasih ini membawa ke syurga.. Allahumma amiin Saat nanti engkau berpisah jauh dari mereka, maka jangan pula kasihmu semakin jauh..Ingatlah mereka selalu. Semat

7 ayat cinta Rabbi

Image
" Barangsiapa yang menghafal 7 kalimah ini, serta mengamalkannya, maka akan dimuliakan dirinya oleh Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan, yakni ; 1. Kalimah 'Basmalah' Bilamana hendak berbuat sesuatu, maka mulailah dengan kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'... 2. Kalimah 'Hamdalah' Apabila mendapat nikmat dari Allah Ta'ala.. biasakanlah lidahmu, menyebut 'Alhamdulillah', sebagai tanda syukur.. 3. Kalimah 'Istighfar' Sesungguhnya istighfar itu memilik banyak fadhilatnya. Bilamana melakukan sesuatu yang tidak baik atau melihat sesuatu yang tidak sepatutnya, ucapkanlah 'istighfar'. 4. Kalimah 'InsyaAllah' Sebutlah bilamana kita hendak berbuat sesuatu utk masa akan datang atau bilamana kita berjanji. Kerana sesuatu itu berlaku, atas kehendak Allah jua.  5. Kalimah 'Laa hawlawala quwwata illa billah' Bilamana kita tidak terdaya untuk m

C.I.N.T.A

Image
Insan, tak kiralah lelaki atau perempuan, pasti akan merasai cinta, kerana itu fitrah. Namun, janganlah biarkan cinta manusia, membelakangi prioriti dan amanah kita. kepada sahabat2 muslimah, 'hunuslah duri' buat melindungi diri, dan sahabat2 muslimin, usah 'mematahkan' wanita dengan tipu daya, Ayuh kita pandu cinta, bertunjangkan Allah yang esa. Sedikit nukilan dari hamba yang tak sempurna, Aneh sungguh cinta manusia, Apabila diberi kenikmatannya, Bukanlah ia semakin mendamaikan, Malah membuat hati semakin keresahan, Pabila hati gelisah tak keruan, Pelbagai warna yang akan terbias dari diri yang merasainya, Kadangkala rasa itu boleh meracun sanubari, Adakalanya juga,  ia mampu menjadi penawar   luka yang tidak terperi, Cinta manusia,  adakalanya ia membahagiakan, Namun selalunya  menyakitkan, Semakin perit lagi andai ia terbina kerana nafsu Dan kemahuan yang bertentangan, Binalah cinta kepada insan, Bertunjangkan r