Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Layakkah aku ???



layakkah aku, untuk mencintai seseorang,
andai cintaku belum mencukupi untuk mencintai sang Tuhan

layakkah aku memberi sedikit ruang untuk merindui seseorang,
Andai kasih dan rinduku belum terbit untuk Tuhan

layakkah untukku menangis kerana seseorang,
Andai tiada titis air mata itu jatuh kerana takut pada Tuhan.

layakkah? layakkah? Dan.. layakkah aku??

Jauh di sudut hatiku, aku tahu, Allah itu masih menyayangiku,
Kerana apa?
Terkadang ia datangkan kekecewaan,
Agar aku  lebih kuat di kemudian hari,
Ia ajarkan aku erti sebuah kesabaran, agar aku lebih tabah dalam meniti kehidupan,
Dan,
Ia ajarkan aku erti cinta,
Agar aku lebih mencintai dan merinduinya..
Ya Allah,
Tidak ada lagi yang ku harapkan kerana segalanya datang dariMU,
Dan aku yakin,
 segala yang engkau berikan, pasti ada hikmah yang tersimpan...


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat