Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

C.I.N.T.A



Insan, tak kiralah lelaki atau perempuan, pasti akan merasai cinta, kerana itu fitrah. Namun, janganlah biarkan cinta manusia, membelakangi prioriti dan amanah kita. kepada sahabat2 muslimah, 'hunuslah duri' buat melindungi diri, dan sahabat2 muslimin, usah 'mematahkan' wanita dengan tipu daya, Ayuh kita pandu cinta, bertunjangkan Allah yang esa.

Sedikit nukilan dari hamba yang tak sempurna,


Aneh sungguh cinta manusia,
Apabila diberi kenikmatannya,
Bukanlah ia semakin mendamaikan,
Malah membuat hati semakin keresahan,

Pabila hati gelisah tak keruan,
Pelbagai warna yang akan terbias dari diri yang merasainya,
Kadangkala rasa itu boleh meracun sanubari,
Adakalanya juga,
 ia mampu menjadi penawar  
luka yang tidak terperi,

Cinta manusia,
 adakalanya ia membahagiakan,
Namun selalunya  menyakitkan,
Semakin perit lagi andai ia terbina kerana nafsu
Dan kemahuan yang bertentangan,

Binalah cinta kepada insan,
Bertunjangkan redha dari Tuhan,
Natijahnya cukup menguntungkan,
Dalam melayari samudera kehidupan,
Malah ke syurga ia berpanjangan...
J.... 

"cinta, ku ibaratkan seperti buah durian,
berduri, namun isinya nikmat sekali,
harumannya semerbak mewangi,
tetapi apabila memakannya berlebihan, boleh memudaratkan,
duhai sahabat tersayang,
ayuh kita fahami erti cinta dengan iman,
agar nikmatnya dikecapi tanpa kelalaian,
andai cinta didekati dengan nafsu,
pasti membawa keburukan,
namun andai dirapati dengan iman,
pasti membawa kemanisan...."

#sebarang kesilapan, harap dimaafkan, dan berilah teguran.. =)

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat