|
Isqandar |
Melihat telatah lincah si kecil ini, cukup mencuit hati setiap insan yang memandangnya. Mendengar suaranya sahaja,
cukup membuatkan hati ini gembira, sepertimana riangnya dia bermain bersama
sahabatnya. Melihat ke dalam matanya, bening, dan penuh dengan harapan. Itulah dia, si kecil Isqandar.
Meskipun baru berumur 6 tahun, namun ia
begitu matang pada fikiranku. Masih segar di ingatan, saat pertama kali
melihatnya, aku seolah takut untuk mendekatinya, kerana aku tidak punya banyak
pengalaman berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil sepertinya. Bimbang akan membuatnya
menangis.. =)... Namun, bila ia datang sendiri kepada ku, sambil mengadukan
masalahnya, membuatkan aku teruja, untuk mendekatinya, dan dua orang sahabat
yang seumur dengannya, Ain dan Ilham.
Ia mudah untuk diajar, malah sangat
patuh pada arahan. Tidak pernah membantah, dan senyumnya sering terukir, sambil menunjukkan barisan giginya yang masih indah tersusun,
membuatkan kami sangat selesa dengannya. Suatu perkara yang membuatkan aku merasa kagum dengannya,
setiap kali berkumandangnya azan Asar, pasti ia akan datang, dan mengatakan,
" kak, azan sudah.. saya mau balik sembahyang"..masyaallah... betapa
hebatnya anak kecil ini. Meskipun zahirnya dia cuma seorang kanak-kanak, namun ia lebih memahami erti panggilan
Allah itu.. maka aku terasa malu dengan diri sendiri, yang terkadang alpa..
Seperkara lagi yang membuat aku kagum dengan si kecil
ini, ia sentiasa membantu aku dan guru-guru yang lain, terutamanya, bila hendak
memadam papan tulis.. MasyaAllah.. bayangkan, budak sekecil itu, begitu pandai
menghormati orang yang lebih tua daripadanya, malah selalu memberikan
pertolongan..meskipun tanpa kita memintanya.
apa yang masih ku ingat sewaktu mengajarnya dahulu, adalah saat ia mampu mengingat perkataan bahasa Arab. Meskipun
tidak banyak.. namun itu sudah cukup membuatkanku kagum dengannya.. pelajaran yang
paling melekat di ingatannya, ialah ..nombor dan peralatan sekolah yang adakalanya muridku yang berumur 7 atau 8 tahun juga tidak mampu mengingat dengan baik semua perkataan itu. Apabila aku cuba untuk membuat ulangkaji bersama mereka tentang pelajaran tersebut , pasti suaranya kedengaran menjawab dengan penuh yakin.
Selalu ia mengatakan padaku, "Kak, tahun depan, ibu saya kata saya tahun
satu sudah, besar sudahkan saya kak"..dan aku cuma mampu tersenyum dan mengiyakan kata-katanya. Seperkara yang masih ku ingat, bila saja aku menyuruhnya membuat satu latihan yang mungkin agak sukar untuk
kanak-kanak sekecilnya, pasti ia akan tersengih sambil menggaru-garu
kepalanya, lalu memberitahu ia tidak boleh membuatnya.. Ya Allah..
dan di situ kadangkala aku merasa terpukul.. kerana aku sedar, diriku masih belum punya banyak pengetahuan tentang kanak-kanak, dan cara pembelajaran mereka.
Kemudian,
Isqandar juga sangat gemar melukis, antara lukisan kegemarannya, adalah TUPAI... Masihku ingat lagi, apabila melihat contengan di buku latihannya, aku bertanya kepadanya tentang contengan itu. Lalu ia menjawab dengan wajah yang yakin, "ini tupai kak...hehehe.."... aku cuma mampu tersenyum sendirian, kerana 'tupai' yang dilukisnya itu, bagiku cuma contengan biasa dan abstrak...hehehe...Mungkin imaginasinya menggambarkan, itulah 'tupai'...
dan pernah juga ia memintaku mengajarnya untuk melukis bintang, sehingga
habis buku latihannya penuh dengan bintang yang di buatnya...sehinggalah pada
satu hari, dengan riangnya, ia memberitahu, ia sudah mampu melukis bintang...
Kadangkala, si
kecil ini juga menjadi sangat nakal. Beberapa kali juga ia bergaduh dengan sahabat-sahabat yang
lebih tua daripadanya. Namun semua itu kerana, sahabatnya yang lain suka mengejek
namanya. Pernah pada suatu hari, ia berkata pada seorang
sahabatnya yang berumur 7 tahun, bahawa mereka tidak boleh melawannya, kerana
ia adalah 'bos'.. tidak lama kemudian, semasa aku sedang mengajar, tiba2 terdengar
tangisannya.. rupa-rupanya, kakinya tersepit pada kerusi
orang lain.. Aku memujuk, 'Isqandar, sudah,jangan menangis.. 'Bos' mana boleh
nangis..'..sejurus aku mengatakan itu, tangisnya terhenti, diamnya disulam dengan senyuman yang begitu indah sekali...
Mungkin, jika aku cuba menceritakan segalanya, pasti tidak akan pernah habis...
namun, apa yang inginku sampaikan,
ketahuilah, kadangkala, Allah beri peringatan kepada kita, melalui sesuatu
yang kita tidak sangka-sangka.. Bahkan daripada seorang kanak-kanak juga, kita
boleh mengambil banyak ibrah.. Betapa indahnya, andai hati kita bersih dan suci
seperti mereka...
Buat adikku, Isqandar, moga
dikau menjadi seorang yang berguna untuk agama, dan menjadi seorang yang soleh,
serta berjaya... Juga moga Allah memberi kebaikan kepada ibu dan bapanya, yang
mendidiknya, menjadi anak yang sangat baik..serta guru-gurunya yang turut
mendidiknya menjadi seperti itu... Moga Allah redha atas segalanya..
Begitu juga untuk adik-adik yang lain... segala perkara yang berlaku, menjadi
sebuah kenangan indah, yang tidak akan dilupakan selamanya... Moga semuanya
menjadi insan yang soleh dan solehah.. Insyaallah...
# Ini sekadar satu perkongsian, bukan luahan perasaan...
Comments
Post a Comment