Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Sahabat.

 Untuk sahabat yang tersayang. Telah pernah ku nukilkan bait kata untukmu. Kali ini, biarlah gambar ini sahaja yang berbicara..akan isi hatiku. Terima kasih sahabat... kerana telah menceriakan hari2 ini, memayungi saat hujan membasahi hati, dan sentiasa bersamaku walau apa pun situasi. Terima kasih..kerana sudi menerimaku..sebagai sahabatmu..meski banyak kekurangan yang ada pd diri ini...moga ukhuwah ini, mampu membawa ke syurga yang hakiki... Amiiin...
"Tidaklah berkasih sayang dua orang kerana Allah melainkan Allah mencintai keduanya lebih daripada cinta mereka antara satu sama lain."


moga dirimu, Allah jaga selalu... Walau kini, jauh mengejar cita, namun ukhuwah ini jangan pernah dilupa. Indahnya aturan Allah, menemukan kita pada waktu yang tepat..dan memisahkan kita, juga pada waktu yang tepat... moga saat kita akan bertemu lagi... menjadi lebih erat dan rapat.



 Juga untuk sahabat yang baru ku temui..moga ukhuwah kita akan kekal dan erat kerana Allah...



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat