Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

7 ayat cinta Rabbi


" Barangsiapa yang menghafal 7 kalimah ini, serta mengamalkannya, maka akan dimuliakan dirinya oleh Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan, yakni ;

1. Kalimah 'Basmalah'

Bilamana hendak berbuat sesuatu, maka mulailah dengan kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'...

2. Kalimah 'Hamdalah'

Apabila mendapat nikmat dari Allah Ta'ala.. biasakanlah lidahmu, menyebut 'Alhamdulillah', sebagai tanda syukur..

3. Kalimah 'Istighfar'

Sesungguhnya istighfar itu memilik banyak fadhilatnya. Bilamana melakukan sesuatu yang tidak baik atau melihat sesuatu yang tidak sepatutnya, ucapkanlah 'istighfar'.

4. Kalimah 'InsyaAllah'

Sebutlah bilamana kita hendak berbuat sesuatu utk masa akan datang atau bilamana kita berjanji. Kerana sesuatu itu berlaku, atas kehendak Allah jua. 

5. Kalimah 'Laa hawlawala quwwata illa billah'

Bilamana kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu, maka ucapkanlah.

6. Kalimah 'Innalillahi wainnailaihi rooji'un'

Kalimah ini, sebutlah bila kita/orang lain di timpa sesuatu musibah.

7. Kalimah 'Laailaha ilallah'

Sebutlah kalimah ini selalu, jadikan sebagai zikir harian. Kalimah ini adalah sebuah janji, ikrar dan sumpah kita. Ia juga merupakan kalimah yang paling agung...

Amalkanlah..walaupun sedikit..kerana Allah menyukai amalan yang sedikit namun berterusan..

# Mohon kepada yang lebih arif untuk membuat teguran, sekiranya ada kesilapan pada tulisan ini. Hanya Allah jua yang lebih mengetahui.



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat