Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

'Sakit' wanita di bulan Ramadhan.. Ayuh jadikannya berpahala









Ummulmukminin Aisyah r.a didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan,
           " Rasulullah menemuiku yang sedang menangis.
Baginda bertanya; kenapa denganmu? Adakah kamu sedang uzur?
'Ya'.. lalu baginda memujuk: "inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." ( Riwayat Al-Bukhari)

              Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud:

" Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya sepertimana dia lakukan ketika sihat dan bermukim" (Riwayat Al-Bukhari)

      Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita melakukan ibadah rutinnya termasuklah puasa Ramadhan. sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika waktu sihatnya, maka pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia 'sakit'.

     Maka, duhai wanita tersayang, janganlah berasa sedih sekiranya 'teman baik' itu datang menemuimu saat Ramadhan bertamu...kerana Allah tetap memberi pahala kepadamu, sama seperti saat kita berpuasa penuh... Subhanallah... Maha suci Allah.Penyayang dan pemurahnya Allah.... betapa beruntungnya kita lahir dalam Islam, kerana Islam cukup menjaga segalanya...Alhamdulillah...

    Ramadhan tiba jua, dan kini sudah masuk 12 Ramadhan... Tak terasa cepatnya waktu berlalu. Ramadhan sudah pun habis untuk fasa pertama... Moga ramadhan kali ini penuh makna...InsyaAllah...

Buat sahabat-sahabat muslimah, ayuh kita semarakkan Ramadhan dengan ibadah, meskipun ketika 'sakit'...

Cheklist Ibadah Wanita 'uzur' untuk bulan Ramadhan..


  • Menjawab azan untuk setiap solat, dan berdoa selepas azan.
  • Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah ( waktu ini adalah antara waktu mustajab doa)
  • membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit (secara berhikmah) ahli keluarga dalam beramal. Contohnya,
                - kejutkan ahli keluarga untuk sahur dan solat subuh
                - gesa mereka untuk solat berjemaah di masjid.
                - nasihatkan mereka untuk mempergiat beramal

  • zikrullah dan selawat
  • berdoa dan beristighfar
  • mendengar bacaan al-quran
  • menuntut ilmu..(tak kiralah, sama ada dengan mendengar dari televisyen, radio atau membaca buku.)
  • mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas.

Tak mampu untuk buat semua...tak apa.. yang penting kita buat walaupun sedikit... sedikit itukan lebih baik dari tak ada langsung...Daripada kita duduk diam tanpa membuat apa-apa yang bermanfaat, eloklah kita manfaatkan masa untuk menambah bekal pahala... Moga bermanfaat buat kita semua. 

# sumber: Majalah Al-Ustaz, isu no.4..

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat