Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Kerana Allah Tahu Kita Mampu




Di saat menginginkan sesuatu,
lalu yang kau peroleh bukanlah seperti yang engkau harapkan...
maka apa yang bakal terlintas di benak kalbumu itu,
Sedih?? Marah?? atau kecewa??
maka di sinilah perlu kita fahami,
erti redha dan tawakkal dengan sebenar-benarnya.

Kadangkala, Mudah saja meluncur kata-kata ;
"Aku redha dengan semua ini"
" Apa sahaja yang berlaku, kita kena redha dan sabar"
"jangan risau, tawakkal pada Allah"
Ya, pada diriku sendiri, mudah untuk melafaznya, namun sejauh mana kita menghayati dan memahami serta beramal dengan konsep redha, tawakkal dan sabar jika kita selalu sahaja putus asa dan mengalah. Bila kita tidak mendapatkan sesuatu, mudah sahaja melatah, malah kadangkala, merungut tak sudah-sudah.
Buang!!! Buangkanlah segala sifat itu. Belajarlah untuk sentiasa bersangka baik, bukan sahaja pada manusia, tapi juga pada Pencipta...

Tidak mendapatkan sesuatu yang kita minta, bukanlah bermakna Allah itu zalim.
 Tidak...Kerana Allah tahu, apa yang terbaik untuk kita, Allah tahu kita mampu.
Allah tidak sesekali memberikan sesuatu yang tak tertanggung oleh diri kita sendiri. Itu Janjinya...
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." Qs ; Al-baqarah, 286.

"... Boleh jadi,  kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan itu baik untuk kamu, dan boleh jadi, kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu tidak baik untuk kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"  Qs, ; Al-baqarah, 216.
Benar, setiap apa yang Allah bagi pada kita, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Kerana dia Maha mengetahui. Tiada siapa yang lebih mengenali kita, melainkan Allah..
Soal keyakinan bahawa ada hikmah disebalik setiap ujian dan kesulitan, jangan sesekali kita ragui, kerana segalanya benar..

Kerana itu, ukirlah senyum dibibirmu,
walaupun diuji dengan sesuatu yang berat pada mata zahirmu,
namun belajarlah untuk memandangnya, dengan mata hatimu.
Insya Allah, semua akan terlihat indah selalu...

Pernahkah engkau merasa, saat patahnya semangatmu,
saat lemahnya dirimu menanggung ujian,
dan saat segala-galanya membuat kau putus harapan,
Lantas kau kembali kepada Tuhan...
pasti damai yang engkau rasakan..
ketenangan meresap lalu membelai iman..
Indah bukan???

Yakinlah.....
Allah itu tetap bersamamu, dan bersamaku...
Kesatlah air matamu.
usah biarkan dirimu terus kesedihan,
Kerana Inilah jalan yang kita perlu lalui,
untuk mendapat Syurga impian.







Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat