Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Nikmat Ramadhan yang Indah

BISMILLAH..

" Allahumma baariklana fi rajab wa sya'baan wa ballighnaa.. ramadhan...'

tidak berapa lama lagi, bulan ramadhan bakal menjelma..moga diberi kesempatan untuk merasai dan bertemu dengannya..

Tahun ini, tahun pertama kami merasai suasana berpuasa ramadhan bersama keluarga ^-^...setelah 7 tahun menjalankan ibadah itu di sekolah tercinta...Alhamdulillah..
segala puji hanya padaNya..

sedikit nukilan rasa untuk sahabat2 tercinta.. entah bilakan kita rasa nikmat ramadhan bersama.. masihku ingat lagi, kenangan bersahur, dan berbuka bersama-sama..sungguh indah memori yang tercipta..saat itu segalanya tiada beza..kita duduk dalam bulatan mesra..meskipun sebelum itu kita jarang duduk bersama...

Ramadhan di sekolah tercinta, adalah salah satu nikmat yang paling indah pernah aku rasa.. meskipun jarang mendapat peluang untuk berpuasa bersama keluarga, namun suasana di sekolah itu sendiri membuat aku merasakan nikmat ramadhan seperti di rumah..
suasana berbuka puasa

setiap kali ramadhan, pasti akan ada pengisian jiwa... usai solat zohor berjemaah, kami semua duduk dengan selesa saat tazkirah bermula..malah,,kenangan yang paling melucukan adalah saat ramadhan tahun 2013 bersama sahabat2 pra universiti. Entah apa yang berlaku, sehinggakan kami tidak lagi mendengarkan tazkirah yang disampaikan dihadapan, malah tersengguk-sengguk pula seolah olah faham namun hakikatnya mengantuk tak terkata..apa yang paling 'cantik' lagi adalah, kami berada dalam satu saf yang sama.. Astaghfirullah... memang pada zahirnya, mungkin bagiku, perkara itu sangat melucukan, namun terasa malu kerana pada awal ramadhan lagi sudah tewas... entahlah..mungkin terlalu penat barangkali..hehehe..moga ramadhan kali ini tidak lagi kami mengulangi kesilapan yang sama.

seperti biasa, takkan pernah terlepas adengan2 mengantuk, tertidur dan sebagainya usai solat atau sebelum solat.. namun kerana ukhuwwah.. semua sahabat berkerjasama, membantu 'menyelamatkan' sahabat yang hampir2 'tewas'. =).. satu perkara yang sangat aku sukai ketika ramadhan ialah, semua orang saling berlumba-lumba, merebut pahala, malah tadarus al-quran dimana-mana sahaja..sangat bahagia melihat suasana sedemikian rupa. Akhawat2... terasa redup sahaja melihat mereka, akrab dengan alquran dan Allah.. subhanallah...muslimin juga tidak ketinggalan merebut peluang yang sama..



^-^



pelbagai cerita yang indah, saat ramadhan di sekolah, takkan dapat dinukilkan semuanya..Sahabat, entah bila akan kita duduk berkumpul semula, dan merasai segala perkara yang kita pernah lalui selama bersama..

Puasa, mengajar kita erti sabar, dan bersyukur.. tak kira di mana jua kita berada, ramadhan membawa pelbagai berkah..moga ramadhan mampu mentarbiyyah jiwa menjadi insan yang berguna dan hamba yang mulia...moga kita sampai kepada bulan yang berkah ini. Insyaallah... moga tarbiyyah ramadhan mampu membawa natijah yang luar biasa buat kita semua..Allahumma amiin...

#about 13 days to Ramadhan...=)



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat