Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Puisi hati




Lembar salju itu,
Ku lakarkan indah bait-bait puisiku,
Tatkala hati sedang celaru,
Ralit jemariku menggerakkan pena,
Mencoret rasa yang terbuku,
Akalku ligat memerhati,
Tarian aksara dan bunga bahasa yang
Bermain di fikiranku...

Namun, Lemahnya aku,
Kerana terkadang,
Lembar putih ini, lebih dahulu tahu,
Akan isi hatiku,
Berbanding Tuhanku..

Kadangkala, bunga-bunga madah lebih ku lafazkan,
Dalam tarian pena yang menari 
di atas lembar putih salju,

Adakalanya, saat doa ku panjat buat Tuhanku,
Aku ibarat bisu tanpa sebarang kata indah buatNya...
Betapa aku insan lemah, yang selalu mengadu,
Pada sehelai kertas putih,
Namun jarang ku curahkan isi hatiku,
Lewat pertemuan dalam tahajud bersama Tuhanku...

Mungkin, keadaan imanku,
Parah dek kerana calitan dosa,
Yang tak pernah habis merobek dengan noda,

Tuhanku…
Bantulah daku, hambamu..
Yang terlalu lemah dan tak berdaya ini,
Agar aku, mampu menampal segala khilaf dan dosa,
Dengan iman dan taqwa…
Serta bantulah hambamu ini,
Meletakkan-Mu yang tertinggi di hatiku...
Allahumma amiin...


#Syifa’Qalbi

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat