Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Jaga kemuliaan Alquran



Kali ini, suka untukku bicarakan, soal menjaga kemuliaan Al-quran. Aku sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan tentang ini, namun, dengan sedikit pengetahuan yang ada, In Shaa Allah... akanku coretkan.

    Masihku ingat lagi, sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, bapaku memang seorang yang amat tegas. Apatah lagi bila masuk pada bab membaca Al-quran dan solat. Maka kami adik beradik sememangnya sangat takut bila bapa mengajar Al-quran. Sehinggakan aku pernah menangis disebabkan bapa memarahiku kerana membaca dengan tajwid yang 'berterabur'...Huhu... begitu juga dengan adik-adikku, masing-masing ada pengalaman sepertiku...heheheh... Namun, didikan yang wujud dalam keluarga kami itu, sangat berkesan. Meskipun kami bukanlah dari kalangan orang-orang yang alim dan warak, bi'ah soleh/solehah tetap dapat dirasai. Ibu dan bapaku, orang yang biasa saja... Namun aku bersyukur, kerana mereka sangat mementingkan pendidikan agama untuk kami semua. Setiap kali sesudah selesai membaca al-quran, bapaku mesti akan mengingatkan, agar meletakkan Al-quran itu diatas almari. Melalui itulah, kami memahami, bahawa Al-quran itu tidak boleh diletakkan sembarangan.

   Ok, berbalik kepada tajuk, aku sebenarnya berasa sedih apabila melihat, ada antara insan2 yang meremehkan soal kehormatan dan 'izzah Al-quran... Ada di sesetengah tempat, Al-quran itu diletakkan di tempat yang rendah dan kadangkala ada yang diletakkan separas dengan lutut... dan ada juga, yang bilamana ia memegang atau membawa terjemahan Al-quran, dengan selambanya, meletakkan sahaja terjemahan Al-quran itu di atas lantai. Alasannya, sebab itu cuma terjemahan, bukan Al-quran. maka aku, terfikir, bukankah ada ayat-ayat Allah didalam terjemahan itu? hatta buku yang ada ayat Al-quran pun perlu dihormati dan dijaga agar tidak tercemar kesucian ayat-ayat quran yang ada didalamnya, inikan pula terjemahan Alquran... Astaghfirullah... mungkin juga, aku pernah menjadi salah seorang yang berbuat demikian.. tapi sedarlah...yang dalam terjemahan Al-quran itu, kalam suci Tuhan. Mengapa diletakkan serendah itu... Sungguh aku memang sangat sedih melihatnya. Jagalah Al-quran itu, letaklah ia setinggi-yang boleh, kerana ia mulia, bukan sekadar buku biasa. sedangkan buku yang biasa pun, perlu untuk kita jaga...

mohon maaf, sekiranya ada yang terasa,
namun, sama-samalah kita cuba, untuk mengubah perkara yang sepatutnya.
Aku bukan seorang yang sempurna, malah serba kekurangan,
kerana itu, jika ada yang salah atau khilaf dalam coretan ini, berilah teguran.

Mohon maaf sekiranya penggunaan "aku" dalam setiap penulisan ku begitu menganggu...
#syifa'qalbi

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat