Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Manisnya sebuah pengalaman.

P/s: ambillah ibrah.. (sekiranya ada) disepanjang coretan ini. Jika ada yang tidak baik..tinggalkanlah... 
"Pentingnya pengalaman hidup di dunia ini, bukan sahaja mengajar kita erti hidup, tapi turut menjanjikan kenangan pahit dan manis."
sungguh aku sangat terkesan dengan kata-kata ibuku ini... memang benar, setiap apa yang kita lalui dalam hidup ini, adalah umpama sebuah sekolah. Di dalamnya ada guru dan ada ilmu...sudah pasti, dalam proses untuk menuntut ilmu itu, ada banyak pengalaman yang boleh kita jadikan sebagai suatu  persediaan di masa hadapan. Kelak nanti, segalanya akan menjadi sebuah kenangan yang sangat indah untuk disimpan...

Majlis hari raya

Apa yang aku lalui selama 7 bulan, sangat membekas di hati ini.. pengalaman menjadi guru untuk sementara bukanlah sesuatu yang sia-sia, bahkan sebenarnya, ada sesuatu yang Allah mahu aku belajar daripadanya. Memang aku akui, tugas seorang guru itu, tidak mudah...sangat banyak cabaran dan rintangannya. Melihat ibu dan ayah ku sendiri juga cukup untuk aku faham..besarnya pengorbanan mendidik anak bangsa....Namun, di situ, aku belajar menyelami, isi hati insan mulia bernama GURU... dan disitu juga, Allah takdirkan aku, bertemu dengan adik2 yang bermacam ragamnya...walaupun terkadang, hati terguris dengan perbuatan mereka, namun, sedikit sebanyak, mengajarku untuk muhasabah diri. Insan sekecil mereka juga, banyak mengajarku, untuk menginsafi diri ini. Kerana itu, aku faham, erti kata kata ini,
 "ambillah ilmu walaupun dari seorang anak kecil"...


si kembar 3

ceria sangat rusydi =)

Last memory


Tanpa sedar, adik-adik ini semakin lama semakin rapat denganku, sehinggakan hari terakhir aku berkhidmat di sana, masihku ingat kata-kata mereka.. Terasa ingin terus mendidik insan kecil ini... bila mendengarkan khabar tentang adik-adik, dari kakak yang turut mengajar di sekolah yang sama, terasa sebak...kerana, mereka mengingatkanku, pentingnya untuk kita ikhlas dalam melakukan sesuatu....




Terima kasih adik2ku..kerana masih mengingati....
terlalu banyak kenangan yang takkan pernah dilupakan...

Kena baling selipar...
kejar adik-adik yang panjat pokok...
adik yang suka curi-curi ambil sapu tangan...
berebut 'whiteboard marker'
baca buku cerita sama-sama,
bercerita pada mereka tentang pengalaman..
dan sesuatu yan tidak mampu ku lupakan
adalah, senyuman mereka yang penuh ikhlas...
gelak tawa yang cukup mententeramkan...
serta karenah yang banyak mengajar erti kesabaran ...
:)..



Anisa, Siti


ain, siti, rizami, iffa, atirah, rusydi, syikin, anisa

sajliana...^_^




Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat