Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Nukilan Hati 2

Lama merenung diri,
Muhasabah menemani hati,
Benarkah cinta ini suci,

Kerana seringkali,
Aku selati dengan ingatan yang tiada henti,
Kepada insan yang belum halal buat diri,

Benarkah cintaku suci,
Andai perasaan ini begitu daif untuk ilahi,
Juga buat nabi, yang lebih layak dicintai,

Ya rabb… hamba yang bagaimanakah aku ini?
Seringkali ku melafaz janji,
Takkan pernah menduakan Mu di hati,
Namun, tindakan dan perlakuanku berbeza sekali,

Setelah aku kecewa dengan dunia ini,
Saat itulah aku meminta belasMu kembali,
Setelah ku peroleh apa yang aku kehendaki,
Aku lupa pada-Mu yang memberi rezeki,
Allah, aku rasa malu,
Malu untuk menghadapmu,
Kerana aku insan yang sering mengungkap janji,
Namun jarang ku tepati,

Maafkan khilaf hambamu yang hina ini,
Bantulah aku agar kembali kepada fitrah insani,
Kerana aku ingin, untuk mencintai-Mu
Dengan sepenuh hati....
Berilah kesempatan, buat hamba-Mu ini  Rabbi..

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat