Aku ingin, Mencintaimu!!

Photo credit to Google Image ^^



Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya)

Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe..



Perit ku rasakan,
Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan,
Sakit  yang ku tanggung,
Tiada siapa yang menyedari,

Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan,
Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan,
TeguranNya ku jadikan pedoman,
Agar diri tidak kecelaruan,

Ku akui, 
ada ketika, emosi menguasai akalku
hingga terkadang hati menanggung azab amarah
dan kadangkala mempengaruhi hatiku,
sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran,

Allah...
Malu rasanya mengenangkan dosaku
Zikir yang meniti di bibirku,
Seperti tiada bererti buat jiwaku,

Kadangkala aku tertanya,
Sakitkah hati ini,
Keraskah jiwa ini, atau,
Telah mati kerana perasaan yang tidak kau redhai,

Tatkala ia hidup kembali,
Aku percaya,
Engkaulah yang datang mengubati,

Namun,
 Saat Kau datang menawar 
segala perit yang aku lalui,
Terkadang aku melarikan diri,
Tidak mahu hati ini diubati,
Kerana aku merasakan..
tiada yang salah akan perasaan ku ini,

Namun setelah aku, benar-benar mengenali 
keindahan cintamu Rabbi...
Aku rela, kehilangan cinta insani,
Tetapi tidak cintamu ya Ilahi...

Suburkanlah ya Allah,
Bunga cintaku ini,
Mekarlah ia dengan  redhamu untukku..
Kerana aku hambamu,
Tulus ingin mencintaiMU....

Dari lubuk hati yang terdalam,
Syifa’Qalbi..

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat