Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Surat untukmu sahabat

Assalamualaikum...
teristimewa untuk sahabat yang dikasihi,,

Duhai sahabat..
aku tahu, saat ini,
engkau kecewa padaku,
kerana sudah jarang aku mengirim khabar padamu,
jarang juga, aku berukhuwah denganmu,
namun sahabat, 
aku ingin engkau tahu,
aku tidak pernah lupa padamu,

Aku mahu, 
engkau fahami situasiku sahabat,
aku bukan sehebat dirimu, 
Allah kurniai aku,
sekeping hati yang mudah tersentuh,
dan jujur aku katakan,
saat aku bertanyakan khabarmu,
aku kecewa dengan tindakanmu sahabat,
ingin sahaja aku mengatakan sesuatu padamu,

namun aku tidak tega,
mengatakannya kepadamu,
kerana aku tahu,
itu akan menambahkan lagi kelukaan..

mungkin, engkau terlalu sedih,
kerana aku sudah lama tidak menghubungimu...
tapi.... aku lebih sedih,,
jika engkau bertindak sedemikian sahabatku...
janganlah kau uji kekuatan hatiku ini,
dengan kedinginanmu..

janganlah engkau bertindak sebegitu lagi,
kerana aku menyayangimu sahabat....
Jangan biarkan ukhuwah ini...
pecah berderai..
hanya kerana perkara yang sebegini..

aku amat menghargai,
tasbih ukhuwah ini,
maka janganlah engkau putuskan talinya,
hingga tidak mampu untuk diratib lagi...

maafkan khilaf sahabatmu,
yang tak sehebat dirimu..
aku tidak kuat sahabat....
jangan terus engkau bertidak sebegitu....


Ana SAYANG sahabat2 ana.. :'(
mohon dengan sangat sahabat...


#Syifa'Qalbi
# Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada
#cuma nukilan semata-mata...

kadangkala, ana terfikir, apakah kita ini, sudah benar-benar berukhuwah kerana Allah...bila terbaca kata2 ni,
"ukhuwah itu indah..bilamana bertemu kerana Allah, dan berpisah juga kerana Allah.."
apakah selama ini, ukhuwah yang terjalin itu, kerana Allah...? Wallahu'alam...
moga Allah berikan peluang dan kesempatan, untuk ana memahami erti ukhuwah fillah itu..dan menjadikan.. ukhuwah ana dan sahabat2.. terjalin kerana Allah semata-mata.. Allahumma amiiin...



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku