Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Kerana Aku Jatuh Cinta Padanya...

Bismillah...Kerana aku, jatuh cinta padanya.... 

# mungkin, gaya bahasanya tak secantik puisi yang dikarang oleh orang yang pandai bermadah kata,.....



Aku jatuh cinta, pada perjuangan,
Kerana IA yang telah tiada,
Kerana semangatnya, aku bangkit semula,
Dan semangatnya itu, akan selalu ku bawa,
Agar cintaku semakin bercambah,
Meskipun usia semakin luput dimamah masa,

Allah, aku jatuh cinta,
Pada sebuah perjuangan nyata,
yang membakar semangatku
untuk meneruskan 
Segala impian yang tergendala

Ya!!
Benar Ya Allah....
Aku telah jatuh cinta,
Pada perjuangan menuntut ilmu Mu,

Kerana itu,
Akan ku penuhi dadaku dengannya,
Untuk ku gapai impianku,
Lantas merealisasikannya dengan cukup bermakna...

Aku tahu,
Segalanya takkan mudah,
Kerana itu, aku perlu mujahadah,
Moga Engkau permudahkan jalannya...

Berikan aku kekuatan,
Agar sentiasa kuat dan tabah,
Sehingga aku berjaya berbakti untuk
Agama dan ummah

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat