Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Biarkan gambar itu berbicara


Wahai insan yang bergelar anak, hargailah ibu bapamu,
selagimana mereka masih ada, berbaktilah kepada mereka,
sayangilah mereka, kasihilah mereka...
ringankanlah tangan dan mulutmu, buat menadah doa untuk ibu bapamu..
siapalah kita, tanpa mereka...
Buat bapa, Zainul Baharom, dan ibu, Fatimah Jaimah Amarun,
Terima kasih atas segalanya...
sayang ibu dan bapak selalu....




Ingatlah, bahawa redha Allah itu, bergantung pada redha ibu dan bapa kita...
Jadilah anak yang soleh dan solehah..
berusahalah untuk membahagiakan mereka, walaupun susah mana kehidupan kita.. 



semoga cinta buat ibu dan bapaku, sentiasa mekar dalam sanubariku, 
betapa diri ini sangat bersyukur, kerana Allah memberi peluang untuk merasai nikmat memiliki ibu dan bapa, merasai nikmat kasih sayang mereka...
moga kasih ini membawa ke syurga.. Allahumma amiin

Saat nanti engkau berpisah jauh dari mereka, maka jangan pula kasihmu semakin jauh..Ingatlah mereka selalu. Sematlah dalam hati, mereka adalah yang paling berharga buat diri..Tanpa mereka, takkan ada kita...



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat