Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Lembaran Baharu









1 September 2014... Allahu allah.. tiada kata yang dapat untuk diungkapkan untuk menzahirkan rasa syukur... Alhamdulillah...syukran Ya Allah...

kini, diriku berada jauh di perantauan...sekali lagi, penghijrahan ini tetap menuntut diri untuk meninggalkan ibu dan bapa, serta adik-adik yang tercinta. Kali ini, lebih jauh....namun, aku cuba untuk gagahi, demi mencari permata ilmu yang ada di sini. Tidak akan ada kesenangan sebelum adanya kesulitan... Allah telah pun menegaskan 2 kali dalam surah As Syarh, ayat 5 dan 6.... 

" sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kesenangan..."
semat baik-baik dalam hati...walaupun perlu merantau jauh ke negeri orang, aku harus tetap meneruskan perjuangan.

Menuntut ilmu memang terlalu banyak likunya. Apa yang penting bagi kita semua adalah NIAT.. ya.. Inna mal a' malu binniat... ( sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat) muhasabah semula diri kita yang terlalu banyak khilaf dan dosa, terutamanya diri yang mencoret ini. Apa niat kita belajar ??

Tajdidlah niat selalu. Ingat amanah Allah yang sentiasa memerhatikan kita, amanah Rasulullah yang tak pernah luntur kasihnya pada kita, amanah ibu dan bapa yang sentiasa mendoakan kita, menyimpan harapan yang amat tinggi pada kita.

Sebenarnya, bagiku, setelah hampir seminggu berada dalam alam universiti,  semua perkara sudah tergalas di bahu kita. Soal terpengaruh atau tidak itu sebenarnya bergantung pada diri kita. Moga Allah bagi kekuatan yang sesungguhnya, agar kita tetap terpelihara sebagai insan rabbani dan menjadi insan mutadayyin. Moga sentiasa Thabat.

Soal hati dan perasaan. Ketepikanlah dahulu. Tahan sebentar. Kerana itu bukan prioriti kita saat ini. Usahlah sibuk mencari atau gundah kerana belum berpunya seperti sahabat-sahabat yang lain. Kerana kita perlu yakin, bahawa Allah telah sediakan yang terbaik untuk kita.
yang penting.. Belajarlah kerana Allah.. apapun yang kita lakukan, biarlah kerana Allah semata-mata. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya... gembirakanlah insan-insan yang selalu menyayangi kita dengan mencapai kecemerlangan dalam hidup kita..

# jangan lupa, dekatkanlah diri pada Allah selalu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat