Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Rindu



andai rindu itu,
mampu ku lunasi
seperti dedaun yang gugur,
pasti akan ku biarkan ia,
beterbangan seperti daun itu,
lalu pergi ke arah insan
ku rindu selalu...

     Mengenang sebuah memori, yang takkan dapat untuk diputar kembali. Masihku ingat lagi, segala karenah sahabat2 ku ini. Tidak pernah aku berasa berseorangan bersama mereka. Kerana Allah pertemukanku dengan mereka, segalanya menjadi terlalu indah, meskipun kini, jauh kami terpisah. Namun, ukhuwwah akan tetap tersimpul, Rinduku pada mereka, tak mampu untuk ditafsirkan dengan madah kata. Terasa sangat bersyukur, kerana dipertemukan dengan salah seorang dari mereka. meskipun tidak semua. Moga Ukhuwwah kita ini, mampu membawa ke syurga.

     Hadir jua sebuah rindu yang takkan pernah padam dalam hatiku. Yakni rindu untuk ibu dan bapa, serta adik-adikku. Berada jauh di perantauan, membuatkan rasa ini semakin membuak. Bagai ada yang ingin merembes keluar dari kolam mata...Hanya Allah tau apa yang tersemat rapi dalam sanubari ini. Namun, akanku terus bertahan memendam rindu ini, agar suatu hari nanti, bakal terbalas dengan melihat wajah gembira ibu dan bapaku, tersenyum bahagia melihat anaknya ini berjaya.

     Masihku ingat lagi, saat kali pertama menjejak kaki ke universiti sebulan yang lalu. Meskipun terasa berat untuk melepaskan, aku relakan juga. Sambil menahan air mata, kerana tidak mahu meninggalkan kenangan yang sedih untuk mereka, aku lihat wajah ibu dan bapaku, jauh di dalam mata mereka, tersimpan terlalu banyak harapan, untukku.
sambil tersenyum, ibu berkata,
"Kak... belajar rajin2. Jaga diri kat tempat orang.."
dan setelah itu, aku memeluk ibu seeratnya. Tumpah juga air mata yang tertahan. Bapaku juga mengatakan perkara yang hampir sama untukku.
"Kak, belajar rajin2, jaga diri, jaga solat.."
Allah... berat sangat nak melepaskan mereka. Namun, aku cuba menguatkan diri dan berazam untuk buat yang terbaik. Untuk sahabat2 yang lain, pasti ibu bapa anda juga memiliki harapan yang sama dengan ibu bapaku. Maka, Tajdidlah niat selalu. Andai ada tersasar sedikit, kembalilah kepada tujuan utama kita semula. INGAT...
BELAJARLAH SUNGGUH-SUNGGUH . SAAT TERLALAI DAN LEKA, MAKA INGATLAH SEGALA PENAT LELAH DAN PENGORBANAN IBU DAN BAPA KITA. INSYAALLAH, PASTI KITA AKAN LEBIH BERSEMANGAT.
Paling penting, ikhlas... dan buat semuanya kerana Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat