Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Bulatan Gembira

Usrah ,
Aku mula mengenali usrah,
ketika berada di tingkatan satu...
Mulanya, aku beranggapan, usrah ini hanya terhad pada program sekolah semata-mata, namun, ternyata, ia ada di mana-mana...
Indahnya, saat berada dalam bulatan itu,
Simpul senyuman saling terikat,
ukhuwah juga semakin erat,

Usrah, bukan sekadar pengisian jiwa semata-mata...
tetapi ia turut menjadi medium,
menyambung silaturrahin sesama ahlinya..
segalanya terasa bahagia, bila berada dalam Usrah.
Ilmu semakin bertambah,
muhasabah jiwa juga sentiasa ada,

Dari Usrah, aku banyak mengenali da'ie,
juga banyak mempelajari dakwah..
aku juga dapat mengenal sahabat-sahabat yang selama ini,
ku kenali sekadar namanya sahaja.
Namun dengan usrah,
segalanya di kongsi bersama, ibarat sebuah keluarga...
Betapa indahnya, andai kita dapat berada dalam bulatan itu selalu...
sentiasa ada yang mengingatkan kita,
untuk menjadi insan yang bertaqwa....

Terima kasih..untuk semua kakak-kakak naqibah, yang pernah membawaku masuk ke dalam usrah mereka, berada dalam halaqah yang penuh dengan sa'adah dan muthmainnah...



Melihat adik-adik ini duduk dalam bulatan, membuatkan aku terimbau kembali, kenangan  indah sepanjang bersekolah di smakk..terasa rindu untuk menikmatinya semula.... Dan kakak yang berada dalam bulatan itu juga sangat bagus dalam melontarkan pelbagai idea..juga baik dari kata-katanya..insyaAllah...



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat