Posts

Showing posts from 2015

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Senyum :)

Image
Credit to: Google images Bismillahirrahmanirrahim... insan yang sedang membaca tulisan' ini.. awaklah.. iya, awak... Senyum :) " Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (ceria)". HR At-Tirmizi Dengan senyuman, kita juga mampu menebar aura positif untuk orang lain, maka tersenyumlah.. tapi janganlah senyum yang tidak tepat waktunya pula... :D... puisi ini, dinukilkan untuk KITA semua...meskipun susun atur ayatnya kurang indah, namun ku nukilkan jua, buat muhasabah diri yang terkadang mudah mengalah. Puisi ini khasnya ku tujukan buat diriku yang lemah, juga untuk pembaca agar lebih positif dan optimis dengan senyuman yang terukir indah. Senyuman itu, lukisan indah, Yang Allah berikan pada potret wajah, Zahirnya cukup menenangkan jiwa, Meski saat hati terbeban dengan pelbagai masalah, Namun ajaibnya senyuman itu menghapus duka, Setelah segalanya  dicurahkan pada Allah,

Dedikasi untuk insan istimewa

Image
Dia, Insan yang istimewa, Bila saja aku melihat padanya, Lantas ingatanku terus pada Allah, Dia, Cuma seorang yang sederhana, Namun, Lagak dan gayanya, Membawa jiwaku kembali pada Allah Dia, Amat istimewa, Pekertinya menenangkan hati yang bergelora, Peribadinya, membasahkan jiwa yang dahagakan hidayah, Dia. Insan  yang bahagia, Kerana dirinya mampu membuat insan lain bermuhasabah, Dan menyegar rindu pada Allah... #repost

Seindah Dandelion

Image
Bismillahirrahmanirrahim... sedikit nukilan buat diri, mungkin juga untuk insan lain yang membaca apa yang ku tuliskan ini. Moga bermanfaat. Insyaallah. Kata orang, andai kita cintakan bunga, suatu saat nanti pasti akan layu jua… namun, sebelum tiba waktunya, ambillah seberapa banyak pelajaran yang boleh disingkap melaluinya..kerana setiap yang diciptakan Allah itu, bukanlah sia-sia… hatta dengan sekuntum bunga sekalipun, ia tetap punya matlamat, mengapa ia wujud di atas muka bumi ini… Tatkala hidup itu tidak dihiasi dengan warna-warna keceriaan, datanglah mendung melindungi wajah dengan kesuraman, Namun, tidakkah kita terfikir…alangkah indahnya andai kita mampu menyingkap sesuatu dalam kisah hidup ini, Warna yang ceria juga akan kembali dengan senyuman indah, ibarat sang rembulan. Maka, di sinilah,.kita cuba untuk belajar, menyingkap ibrah hidup dari ciptaan Tuhan,Hari ini, ingin ku katakan sesuatu dari tumbuhan kecil dan ringan, hidupnya penuh dengan cabaran, sebelum ia ma

Seindah Sastera Kupu-Kupu Cinta

Image
”Pertemuan ini, menjadi suatu berarti, Dikala diri menepi, untuk, warna-warna hati.. Ruang-ruang jiwa, hanya untuk maha kuasa, Syair-syair cinta, tercipta karna dia...” Sungguh, tak ku nafikan, betapa indahnya setiap kata yang ada, pada bait lagu ini..dan, dari rangkap yang pertama sahaja, kata-katanya bagai meresap kedalam jiwa...penulisnya malah lebih tahu, erti yang tersirat dalam bait lirik yang disusunnya.. kali pertama aku mendengarnya, aku rasakan ia seperti sesuatu yang pasti memiliki cerita indah disebaliknya... sastera yang ada padanya..membuatku tertarik untuk cuba memahaminya... apa yang ku fahami, lirik ini menceritakan tentang perasaan seseorang, yang bertemu dengan insan yang telah menawan hatinya, namun pada masa yang sama, ia sebenarnya cuba untuk mengenepikan perasaan yang pada ketika itu, bukan menjadi keutamaannya... dengan harapan yang kuat dan indah, ia sediakan setiap ruang dalam jiwanya... untuk Allah semata-mata, sebelum cinta yang lain memasukinya..

Rona Cinta

Image
Cinta berona, penuh indah, Dalam relung jiwa, Tercipta syair indah, Berlagu dalam setiap hembusan nafas yang terhela, Ruang yang terbuka, Sarat terisi buat yang esa.. Hati yang berhias dengan kelopak cinta, Biarlah semerbak wanginya, Dengan redha Allah.. Dan ku biarkan rasa ini, bersatu dalam sebuah cerita, Yang teruntai dalam bingkai mahabbah, Terikatnya ia dengan cinta sang pemilik cinta, Allah, satukan cinta ini, Dalam redha dan kasih sayangmu... Mekarlah cinta ini, indah berwarna segenap jiwa, harumlah cinta ini, dengan wangian iman yang menenangkan,  Allah, biar cintaku berona dengan warna indah, yang terbias dari cintaMu.. Selamanya.. 

Pesan Cinta

Image
Ingin ku khabarkan pada pepohonan, Segala rindu berlagu di balik siulan beburung Yang bernyanyi pada dahan-dahan, Ingin ku bisikkan pada angin, Agar membawa pesan rindu ini, Kepada dia yang ku cinta.. Ingin ku lukiskan, Pada langit biru… segala puisi dan nukilan, Bertinta awan putih yang indah, Tentang rasa cintaku padanya… Ingin ku jelaskan, pada lautan dalam, Cintaku ini,  Bahkan lebih dalam Jika dibandingkan dengannya,, Inginku katakan, pada pasir putih di bibir pantai.... Bahawa aku ingin, cintaku lebih indah daripadanya, Malah ku rasakan, cintaku lebih deras mengalir, Daripada air yang mengalir di sungai-sungai... Ingin aku bercerita pada sang matahari… Namun terlalu payah,  Pada sang rembulan pula, terlalu jauh untuk ku mendekatinya, Dan hakikatnya...cintaku ini, Amat sukar untuk difahami..sekiranya yang membaca puisi ini, Belum merasai... Ya! Aku tidak menafikan.. Bahawa aku belum mendapat cinta itu seluruhnya.

Duhai Muslimahku Sayang..

Image
Muslimah itu, lembutnya bak bunga dandelion, kebaikannya menyebar  dengan  meluas, mengikut rentak angin,dan selalu  menyenangkan mata yang melihat.. Duhai muslimah ku sayang, Engkau penyeri yang membuat dunia menjadi indah.. Namun..janganlah kau salah ertikannya.. Lantas kau menjadi hiasan yang boleh di ambil sembarangan saja, Biarlah kau jadi hiasan yang berharga, Umpama mutiara yang jauh di dasar lautan, Juga seperti permata yang berkilauan.. Tidak diletakkan dengan sembarangan, Malah disimpan, penuh ketelitian, Begitu juga aurat dan maruahmu, Jangan kau pamerkan kepada khalayak ramai, Jangan sesekali kau biarkan ia dijamah dan diratah, Oleh mata liar yang penuh dengan nafsu serakah, Kerana engkau muslimah... Jadilah seperti matahari, Sinarannya mampu menyilau pandangan, Membuatkan tiada yang berani memandangmu, Sepertimana tidak ada yang berani memandang matahari itu.. Kerana engkau muslimah.. Segalanya begitu berharga untu

Cinta seorang ibu dan kasih seorang bapa

Image
P/S: coretan ini adalah coretan panjang. Bismillah, “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]         Inginku kongsikan, betapa indahnya cinta ibu, dan betapa luhurnya kasih bapa menurut pandangan peribadiku. sekiranya ada kesilapan dalam coretan ini, harap diberi teguran yang membina..         Merekalah yang tidak pernah lelah mencintai, tidak pernah lelah menyayangi, tidak pernah putus memberi sokongan dan tidak pernah putus menyulam doa untuk kita. Percayalah, tidak mampu terbalas segala jasa kedua mereka, meskipun kita cuba untuk membayar dengan segunung emas permata. Ibu, wajah dan kelembutannya tetap terasa mesra, meski sudah semakin dimamah usia. Bapa, sikap prihatin dan sayangnya tetap sama, meskipun kita

Dedikasi untuk yang tersayang

Image
Bismillah... Dedikasi untuk yang tersayang, Bukan aku tidak pernah merindu, Saat berjauhan denganmu, Cuma, rindu itu ku pendam jauh di sudut hatiku, Bukan air mataku tidak pernah mengalir, Saat melihat potret wajahmu , Bahkan saat aku perlu berpisah denganmu, Cuma, tangisan itu ku biarkan beku dihadapanmu, Agar tidak berbekas kesedihan dihatimu, Jua memujuk hatiku, untuk percaya, perpisahan ini cuma Untuk seketika, Aku juga, tidak mahu, engkau melihat wajahku, Basah dengan air mata sepertimana aku tidak mahu, Orang lain melihat aku dalam keadaan sebegitu, Bukan aku tidak pernah peduli,  akan perasaan yang menekan diriku, Untuk pulang bersua muka dengamu, Meski saat itu, rinduku sudah terlalu sarat untukku tahan, Namun, kerana aku tahu situasi dan kekangan yang terwujud, Atas asbab jarak dan masa yang singkat, Membuat aku, cuba untuk menahan rasa itu, Bukan aku tidak pernah merasa kekosongan, Saat engkau tiada disisi, S

Puisi hati

Image
Tatkala aku cuba mendahulukan prioriti, Menepis perasaan cinta insani, Aku tertarik pada sebuah pelangi, Yang wujud setelah  hujan di hati, Di sebalik pelangi itu, Aku bertemu dengan sesuatu yang kurang ku kenali, Kerana pertemuan itu, Wujud perasaan dalam sanubari, Warnanya meresapi jiwa ini, Semakin lama, ia menjadi berwarna-warni, Mujur, ingatan dari hadis dan Kalam Ilahi, membantuku mengemudi rasa hati, dengan batasan syariat dariNya yang maha Mengetahui walaupun Cuma dalam diam, dan merasai dari kejauhan ini, hati ku terus bahagia dan berseri, jari jemari, tiada henti menukilkan syair dan puisi, sebagai ekspresi cinta di hati, setiap tadahan tangan, ku isi dengan doa-doa yang tiada henti , buat mencurah rindu yang membeban di hati.. kerana perasaan itu, Aku semakin sedar akan hakikat diri, Terlalu banyak kekurangan yang masih bersemadi, Membuatkan aku lebih memahami,   cinta yang suci itu, Perlulah ku bajai dengan cinta

Ingatkan aku.

Image
Ya Allah, Di saat aku kagum dengan indah manusia, ingatkan aku bahawa ia Cuma sementara, Ya Allah, di saat aku rindu pada manusia, ingatkan aku untuk mendoakan kebaikan baginya, bukan merindui dengan nista, tetapi rindu yang penuh dengan pahala, Ya Allah,  di saat hatiku meronta ingin bertemu dengannya, Ingatkan aku, adanya pertemuan yang lebih indah denganMu berbanding Pertemuan ku dengannya, Ya Allah, Di saat aku kagum dengan kebaikannya, Ingatkan aku bahawa masih banyak kebaikanMu yang belum aku sedari Ya Allah, disaat aku benci seseorang kerana keburukannya, Ingatkan aku bahawa diri ini lebih banyak kekurangan  berbanding dirinya, Ya Allah, Di saat aku cemburu melihat nikmat pada seseorang, Ingatkanlah aku, bahawa aku tidak seharusnya bersikap sedemikian, Kerana engkau pasti akan memberi yang terbaik untukku, Dan pasti akan ada sesuatu untukku. Ya Allah, Di saat aku kecewa pada seseorang, Ingatkan aku bahawa hidup ku tida