Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Dedikasi untuk yang tersayang

Bismillah...




Dedikasi untuk yang tersayang,
Bukan aku tidak pernah merindu,
Saat berjauhan denganmu,
Cuma, rindu itu ku pendam jauh di sudut hatiku,

Bukan air mataku tidak pernah mengalir,
Saat melihat potret wajahmu ,
Bahkan saat aku perlu berpisah denganmu,
Cuma, tangisan itu ku biarkan beku dihadapanmu,
Agar tidak berbekas kesedihan dihatimu,
Jua memujuk hatiku, untuk percaya, perpisahan ini cuma
Untuk seketika,


Aku juga, tidak mahu, engkau melihat wajahku,
Basah dengan air mata sepertimana aku tidak mahu,
Orang lain melihat aku dalam keadaan sebegitu,

Bukan aku tidak pernah peduli,
 akan perasaan yang menekan diriku,
Untuk pulang bersua muka dengamu,
Meski saat itu, rinduku sudah terlalu sarat untukku tahan,

Namun, kerana aku tahu situasi dan kekangan yang terwujud,
Atas asbab jarak dan masa yang singkat,
Membuat aku, cuba untuk menahan rasa itu,

Bukan aku tidak pernah merasa kekosongan,
Saat engkau tiada disisi,
Saat wajahmu tak dapat ku tatapi,
Saat suaramu jarang kudengari,
Namun, segalanya ku pendam demi menggenggam 
sebuah cita dan harapan,


Mungkin, dihadapan manusia, 
aku masih mampu tersenyum,
Dan berlagak biasa, 
bagai tiada yang terbeban dihatiku,
Namun, cuma Tuhan yang tahu,
Betapa lemahnya aku,
Untuk cuba menyembunyikan semua itu,

Semuanya kerana, aku mencintaimu,
Kerana cintaku padamu,
Aku sanggup untuk menempuh,
Meski terpaksa berjauhan darimu,
Aku relakan segalanya,
Demi melihat senyum mu padaku,
Saat aku menggenggam kejayaan dan cita-citaku nanti,
kerana aku tahu, tingginya harapanmu padaku,
dan kerana itu juga, 
takkan ku siakan segala pengorbananmu..
Aku cuma perlu, doa dan redhamu,
Ibu dan bapaku...




Redhailah anakmu ini... moga kejauhan ini akan berputik dengan kerinduan yang berbalas dengan kejayaanku kelak...Allahumma amiiin.

^_^ cinta hatiku...

#syifa'qalbi.

Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami, ampuni segala dosa mereka, masukkanlah mereka ke dalam syurgamu.. kasihi mereka, berikanlah kesihatan pada mereka..berilah kesempatan buat kami, untuk berbakti kepada mereka.. Allahumma amiiin...

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat