Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Cinta seorang ibu dan kasih seorang bapa

P/S: coretan ini adalah coretan panjang.

Bismillah,

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]

        Inginku kongsikan, betapa indahnya cinta ibu, dan betapa luhurnya kasih bapa menurut pandangan peribadiku. sekiranya ada kesilapan dalam coretan ini, harap diberi teguran yang membina..

        Merekalah yang tidak pernah lelah mencintai, tidak pernah lelah menyayangi, tidak pernah putus memberi sokongan dan tidak pernah putus menyulam doa untuk kita. Percayalah, tidak mampu terbalas segala jasa kedua mereka, meskipun kita cuba untuk membayar dengan segunung emas permata. Ibu, wajah dan kelembutannya tetap terasa mesra, meski sudah semakin dimamah usia. Bapa, sikap prihatin dan sayangnya tetap sama, meskipun kita sudah semakin dewasa..dan aku sebenarnya, sangat merindukan mereka...

        Sahabatku, sedarkah kita, saat  berada dihadapan mereka, tidak pudar lukisan senyum di wajah mereka, dan saat berpisah, senyuman mereka tetap saja kelihatan manis dan indah. namun, Allah sahaja yang tahu, duka yang bergelora dalam hati mereka, apabila harus berpisah dengan anaknya, apatah lagi ibu... saat memeluk dan mencium tangan mereka, dapatkah kita merasai, betapa kuatnya genggaman ibu, seolah ingin memberitahu, "jangan pergi jauh dari ibu duhai anakku.." sedarkah kita, bahawa ketika itu, pastinya ibu akan melihat ke dalam mata sedalam-dalamnya, memeluk dan mencium pipi kita berkali-kali, kerana itu, salah satu tanda, cinta ibu pada kita... dan sedarkah kita, apabila melihat pada sang bapa, wajahnya kelihatan biasa, tenang, bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Namun, ketika kita melangkah pergi, ia pasti akan memberi kata-kata semangat buat kita, dan sebenarnya, meski ketika itu, bapa tidak sesekali menunjukkan kesedihannya, tetapi di saat lain, pasti akan gugur air matanya dalam diam,kerana rindu pada anaknya.

      Teringat pada ibu dan bapaku yang jauh di Sabah... betapa rindu ini tak dapat dilafazkan dengan kata-kata, meskipun dalam coretan ini...pasti tidakkan terluah... setiap kali aku balik bercuti, saat itulah aku akan dapat menyelami dasar hati yang terdalam pada ibuku, dan saat itu juga aku sedar, betapa bapa yang selama ini ku anggap sangat garang, sebenarnya seorang yang amat penyayang..seperkara yang aku sedari, bapa selalu sahaja mementingkan perasaan ibu, berbanding perasaannya sendiri. Setiap kali pulang ke asrama, bapa pasti akan berkata,

 " Belajar elok-elok, jangan buat perangai, kesian ibu, selalu rindu dan menangis sebab teringat kat kamu bertiga.."

     Namun, aku tahu, bapa selalu merindui kami, anak-anaknya.  Jika waktu itu, aku seorang sahaja yang bercuti dan adik-adikku bersekolah, setiap kali ada panggilan telefon dari mereka, pasti kedengaran ceria suara bapa, dan riak wajahnya juga sangat indah...apatah lagi ibu... dan disitu sebenarnya aku sedar, betapa dalamnya cinta ibu, luhurnya kasih bapa...dan terasa bahagia, bila dapat menatap wajah mereka selalu... Oh Ya Allah.... Indahnya nikmatmu ini..

          Masihku ingat lagi, peristiwa beberapa tahun lalu, sewaktu ibu memberikan hadiah untuk kami semua. Ibu dalam diam masuk ke dalam bilik kami dan meletakkan sesuatu di atas katil. Malam sebelumnya, ibu berkurung seketika di dalam bilik..dan kami tidak mengetahui apa yang ibu lakukan sebenarnya...tatkala masuk ke dalam bilik..terlihat tiga buah hadiah yang terbalut kemas dan comel di atas bantal... masing-masing tertanya-tanya, siapa yang meletakkan hadiah tu..? setelah dibuka, maka tahulah kami bahawa ibu yang memberikannya....Betapa ibu sangat pemalu orangnya dan sangat suka memberi kejutan pada kami semua, termasuklah bapaku juga. Ibu, sifatnya sangat perahsia...bapa juga begitu...




dan dalam hadiah itu, terselit sekeping nota,
" terimalah hadiah ibu yang tak seberapa ini, moga ia mampu memberi kebaikan di dunia dan akhirat kepada kamu"
dan tahulah kami sebenarnya malam itu ibu berkurung di dalam bilik kerana ingin membalut hadiah-hadiah itu...sungguh aku begitu terharu..dari tangan seorang ibu juga, terbias cintanya, apatah lagi hatinya..subhanallah...

        Bapaku juga gemar memberi kejutan..setiap kali kami dapat keputusan peperiksaan, pasti bapa akan beri sesuatu..tetapi selalunya, bapaku tidak akan memberitahu. kebiasaannya, bapa akan berkata,

"tak payahlah hadiah ya..."

Dan kami juga tidak mengharapkan sebarang hadiah daripada mereka. Kerana bagiku dan adik-adikku, hadiah buat kami sudah pun ada dalam hati kami. Hanya dengan melihat senyuman gembira di wajah mereka, maka itu sudah mencukupi untuk segalanya.

Namun, tidak lama kemudian, bapa akan datang kepada kami dan beri sesuatu nuat kami..dan kebiasaannya hadiah yang diberi, pasti sama... maknanya..kami adik beradik akan dapat hadiah yang sama tetapi berbeza pada rupa bentuknya. kalau setiap kali kami balik, bapa dan ibu pastinya tidak lupa untuk membelikan makanan kegemaran kami..terutamanya,, ketam...mungkin kerana kami tinggal dan membesar di kawasan pulau, maka makanan laut adalah makanan yang paling digemari oleh kami bertiga. Kadangkala, ibu dan bapaku cuma tersenyum melihat karenah aku dan adik-adikku yang tidak mampu menolak pesona makanan laut itu.

          Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, jika keputusan yang kami peroleh itu agak kurang memuaskan, aku tidak pernah melihat mereka marah..tetapi lebih kuat memberi semangat dan selalu menyakinkan, bahawa kami boleh melakukan lebih baik pada masa akan datang..kecuali sewaktu aku sekolah rendah...dan aku adalah insan yang paling banyak dimarahi atas faktor kemalasan yang melampau dalam diriku untuk belajar...hehe.. .dan mereka selalu mengingatkan kami..belajar bersungguh-sungguh, bukan untuk mendapatkan ijazah, anugerah atau pekerjaan semata-mata..tetapi belajarlah untuk mendapatkan ilmu yang betul-betul tersemat didada, dan mampu memberi manfaat pada diri, keluarga dan ummat...jangan belajar, berjaya, dapat ijazah, tapi ilmu tidak ada..

        Apa yang membuatku sangat kagum pada ibu dan bapaku, adalah cara mereka menyampaikan rasa cinta dan kasih sayang mereka...

       Hargailah mereka..dan sayangilah mereka...terutamanya ketika mereka masih ada... nikmat memiliki ibu bapa sebenarnya satu anugerah yang sangat besar... kerana itu, fahamilah cinta seorang ibu, dan kasih seorang bapa... dan jangan malu, untuk menyatakan, bahawa kita juga mencintai dan mengasihi mereka..

                                   "KERANA MEREKA BEGITU BERHARGA"



#Syifa'Qalbi
#Sekadar coretan,untuk renungan..

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat