Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Ingatkan aku.


Ya Allah,
Di saat aku kagum dengan indah manusia,
ingatkan aku bahawa ia Cuma sementara,

Ya Allah,
di saat aku rindu pada manusia,
ingatkan aku untuk mendoakan kebaikan baginya,
bukan merindui dengan nista,
tetapi rindu yang penuh dengan pahala,

Ya Allah,
 di saat hatiku meronta ingin bertemu dengannya,
Ingatkan aku, adanya pertemuan yang lebih indah denganMu berbanding
Pertemuan ku dengannya,

Ya Allah,
Di saat aku kagum dengan kebaikannya,
Ingatkan aku bahawa masih banyak kebaikanMu yang belum aku sedari

Ya Allah,
disaat aku benci seseorang kerana keburukannya,
Ingatkan aku bahawa diri ini lebih banyak kekurangan  berbanding dirinya,

Ya Allah,
Di saat aku cemburu melihat nikmat pada seseorang,
Ingatkanlah aku, bahawa aku tidak seharusnya bersikap sedemikian,
Kerana engkau pasti akan memberi yang terbaik untukku,
Dan pasti akan ada sesuatu untukku.

Ya Allah,
Di saat aku kecewa pada seseorang,
Ingatkan aku bahawa hidup ku tidak akan gelap selamanya
Tenangkan aku dengan hikmah yang mendatang selepasnya.

Ya Allah,
Di saat air mata berguguran,
Kerana perasaan cinta insan yang sukar ku fahami,
Bantulah aku mengesatnya dari terus mengalir tanpa henti,
Ingatkan aku bahawa tangisan kerana takutkan-Mu lebih bernilai,
Berbanding tangisan untuk sesuatu yang belum pasti
Menjadi realiti

Ya Allah,
Di saat aku gembira 
dengan kenangan manisku bersama insan
Yang aku sayangi,
Biarlah ia terus dihati,
Agar aku dapat mengusir segala kenangan pahit
Yang selalu menghantui...
Namun ingatkanlah aku, bahawa semuanya
Tidak akan bererti, tanpa redha-Mu di sisi ..

#syifa'qalbi

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat