|
Credit to: Google images |
Bismillahirrahmanirrahim...
insan yang sedang membaca tulisan' ini..
awaklah..
iya, awak... Senyum :)
" Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (ceria)". HR At-Tirmizi
Dengan senyuman, kita juga mampu menebar aura positif untuk orang lain, maka tersenyumlah.. tapi janganlah senyum yang tidak tepat waktunya pula... :D... puisi ini, dinukilkan untuk KITA semua...meskipun susun atur ayatnya kurang indah, namun ku nukilkan jua, buat muhasabah diri yang terkadang mudah mengalah. Puisi ini khasnya ku tujukan buat diriku yang lemah, juga untuk pembaca agar lebih positif dan optimis dengan senyuman yang terukir indah.
Senyuman itu, lukisan indah,
Yang Allah berikan pada potret wajah,
Zahirnya cukup menenangkan jiwa,
Meski saat hati terbeban dengan pelbagai masalah,
Namun ajaibnya senyuman itu menghapus duka,
Setelah segalanya
dicurahkan pada Allah,
Garis senyum itu, tak
pernah tersungkur kalah,
Pada titisan air mata
yang mengalir pada lembah wajah,
Di sebalik ukiran
indah itu,
Tersembunyi pelbagai cerita,
Tentang manisnya
memori yang tercipta,
Juga menyorot kisah
duka yang pernah menjengah,
Kadangkala, senyum itu tidak sama
Dengan apa yang ada di pelupuk mata,
Dalam senyuman,
terlihat indah dan bahagia,
Namun, meski tanpa diluah dengan kata-kata
Dan air mata, sinar itu lebih dahulu
Membocorkan rahsia...apa yang tersembunyi
Dalam kepingan hati
yang rapuh ibarat kaca,
Segaris senyuman itu,
Ibarat penyembuh luka,
Yang hampir bernanah
di benak jiwa,
Melaluinya, kita belajar untuk tabah,
Saat ujian datang
bertubi-tubi,
Laksana panah yang tak terarah,
Senyuman itu juga,
Bukan berharga buat diri kita semata-mata,
Tetapi turut menebar pesona,
Buat insan yang ada di segenap atmosfera,
Siapa tahu, dengan senyum itu,
Ada insan yang sedang
bersedih, kembali ceria,
Insan yang putus
asa, meraih kembali semangatnya,
Insan yang sedang
gundah, menjadi tenang hatinya,
Dengan asbab senyuman
itu sahaja,
Janganlah meremehkan
senyuman yang terlihat kecil,
Kerana ketahuilah, anugerah itu miliki kekuatan
luar biasa,
Yang allah
kurniakan untuk setiap manusia,
Ukirlah senyummu, walaupun ada saatnya,
Engkau merasa lelah menanggung segala bebanan,
Dan yakinlah, anugerah senyuman itu ,
Adalah hadiah istimewa dari Allah,
Buat kita,yang selalu sahaja berubah suasana,
Mengikut fitrah hati
yang cukup istimewa,
Moga senyuman itu,
Kekal terlukis indah,
Sehinggalah ke penghujung
usia
#SyifaQalbi
Comments
Post a Comment