Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Puisi hati


Tatkala aku cuba mendahulukan prioriti,
Menepis perasaan cinta insani,
Aku tertarik pada sebuah pelangi,
Yang wujud setelah  hujan di hati,

Di sebalik pelangi itu,
Aku bertemu dengan sesuatu yang kurang ku kenali,
Kerana pertemuan itu,
Wujud perasaan dalam sanubari,

Warnanya meresapi jiwa ini,
Semakin lama, ia menjadi berwarna-warni,
Mujur, ingatan dari hadis dan Kalam Ilahi,
membantuku mengemudi rasa hati,
dengan batasan syariat dariNya yang maha Mengetahui

walaupun Cuma dalam diam,
dan merasai dari kejauhan ini,
hati ku terus bahagia dan berseri,
jari jemari, tiada henti menukilkan syair dan puisi,
sebagai ekspresi cinta di hati,
setiap tadahan tangan, ku isi dengan
doa-doa yang tiada henti ,
buat mencurah rindu yang membeban di hati..

kerana perasaan itu,
Aku semakin sedar akan hakikat diri,
Terlalu banyak kekurangan yang masih bersemadi,
Membuatkan aku lebih memahami, 
 cinta yang suci itu,
Perlulah ku bajai dengan cinta Ilahi,
Dan aku sendiri, perlu memperbaiki segala kekurangan itu,
Agar insan yang datang suatu hari nanti,
Mencintai Allah mengatasi segalanya meskipun pada diriku sendiri,
Aku juga sedar ia mendekatkan aku dengan Ilahi,
Juga menyemai cinta buat Nabi,


Sehinggalah saat ini,
Aku masih mencinta dalam diam yang penuh erti,
Namun ku biarkan sepi,
Kerana keutamaanku saat ini bukan untuk
Mencintai insan bernama lelaki,
Prioriti untuk Allah dan Nabi yang tertinggi,
Juga amanah dari Abi dan ummi,
Serta terus menerus menuntut ilmu,
Yang tidak pernah habis untuk dipelajari,
Perasaan itu, ku serahkan Pada Yang maha Mengerti,

Dan perasaan itu nanti,
Akan ku curahkan sepenuh hati,
Buat insan bernama suami,
Kerana Aku percaya,
cinta suci, bukan dengan mencemar  hati,
dengan bercinta mengikut nafsu muda yang sukar dikemudi,
bukan juga dengan kegembiraan bersamanya tanpa ikatan suci,
tapi  dengan syariat yang dilandaskan Ilahi.

cintailah Allah, maka Allah akan menghadirkan insan yang mencintaiNya
untukmu sebagai hadiah yang istimewa
duniawi, dan ukhrawi..

# Syifa'Qalbi

# sekadar nukilan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat