Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Seindah Dandelion

Bismillahirrahmanirrahim... sedikit nukilan buat diri, mungkin juga untuk insan lain yang membaca apa yang ku tuliskan ini. Moga bermanfaat. Insyaallah.



Kata orang, andai kita cintakan bunga, suatu saat nanti pasti akan layu jua… namun, sebelum tiba waktunya, ambillah seberapa banyak pelajaran yang boleh disingkap melaluinya..kerana setiap yang diciptakan Allah itu, bukanlah sia-sia… hatta dengan sekuntum bunga sekalipun, ia tetap punya matlamat, mengapa ia wujud di atas muka bumi ini…

Tatkala hidup itu tidak dihiasi dengan warna-warna keceriaan, datanglah mendung melindungi wajah dengan kesuraman, Namun, tidakkah kita terfikir…alangkah indahnya andai kita mampu menyingkap sesuatu dalam kisah hidup ini, Warna yang ceria juga akan kembali dengan senyuman indah, ibarat sang rembulan. Maka, di sinilah,.kita cuba untuk belajar, menyingkap ibrah hidup dari ciptaan Tuhan,Hari ini, ingin ku katakan sesuatu dari tumbuhan kecil dan ringan, hidupnya penuh dengan cabaran, sebelum ia mampu untuk menebar pesonanya di atas alam ciptaan Tuhan.


Aku memilih si dandelion, bukan kerana rupanya sahaja, tapi aku melihat, di sebalik benih putih bergumpal dan gebu ini, memiliki keistimewaan, yang mampu mengajarku erti kehidupan..aku percaya, andai tidak ditemukan pelajaran dari seorang manusia, maka cubalah untuk belajar daripada alam, yang diciptakan dengan pelbagai hikmah yang tersimpan…

Dandelion. Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentangnya, namun ingin sekali ku bawakan, sebuah coretan istimewa, untuk kita renungkan. Sesetengah orang, tidak menyukai tumbuhan ini, kerana wujudnya ibarat tumbuhan liar yang menyusahkan. Namun, bagiku, melihat proses kejadiannya sahaja, aku melihat sesuatu yang begitu istimewa padanya. Bermula dari munculnya kuntuman bunga kecil kekuning-kuningan, seterusnya ia berubah menjadi gumpalan bulat yang cukup mendamaikan..warnanya yang berubah putih, malah cukup menjadikan ia indah bertebaran. Meskipun fizikalnya kelihatan rapuh, namun, ada kekuatan yang tersembunyi di sebaliknya. Di dalamnya terselit kisah indah, yang mampu memberikan pengajaran buat manusia yang mudah alpa dan putus asa. Istimewanya dandelion, dari setiap anggotanya, memiliki kisah tersendiri, yang perlu kita singkapi dengan mata hati. Walaupun cuma tumbuh melata di dataran, namun tetap miliki keindahan yang tidak dapat dinafikan. Warna putihnya, sebagai tanda suci dan betapa bersihnya sekuntum bunga itu. Bentuknya yang bulat gebu bak kapas, menggamit rasa indah dalam hati yang sedang gundah.

Dalam lembut dan rapuhnya Dandelion, dapat kita pelajari erti kesabaran dan ketabahan. Terbangnya bukan sembarangan, melainkan dengan tujuan. Sabarnya, terlihat pada saat bunga itu terbang bertebaran ke tanah yang lain, tanpa merungut walau sekali, meskipun dirinya ditampar halus dengan bayu dingin. Lalu, pada tanah yang baru itu, sang bunga tumbuh semula, menjadi yang lebih baik. meski bersendirian, di siang hari, dalam terik mentari yang membahang, menahan dingin di kelam malam, itu tidak pernah membuatnya beralah, malah membakar semangatnya untuk terus tumbuh di sana. 

Setiap hari, kebergantungannya hanya pada Yang Maha Esa, tanpa pernah mengenal erti putus asa, walaupun tiada siapa yang boleh menghulur bantuan namun dandelion yang putih ini tetap yakin, Allah akan menjaganya.. pada si dandelion juga, terserlah erti hidup, untuk memberi... yang dimilikinya, cuma gumpalan putih gebu yang rapuh, namun, hidupnya memberi keindahan, pada dataran yang dahulunya cuma berhiaskan rumput dan lalang.. dalam kehidupan kita, jadikanlah setiap hari, untuk memberi, walaupun cuma sedikit..kerana tangan yang ada diatas itu, lebih baik dari tangan yang dibawah. Andai hidup cuma mengharap untuk menerima, maka kita takkan pernah merasa kegembiraan yang wujud dengan asbab ikhlas dan usaha..


Tidak mampu untuk dinafikan, hidup juga takkan selalunya indah..begitu juga, pengajaran yang tersembunyi pada tumbuhan ini. Angin yang berhembus, kadang meniupnya dengan lembut, namun, adakalanya, angin berubah ganas, membuat si gumpal putih terbang atau terus hancur...namun, selagi mampu, angin itu dinikmati dengan harapan, bahawa dia pasti akan tumbuh lagi..pastinya dalam hidup, ujian, datang silih berganti.. untuk menjadikan kita, hamba yang lebih berkualiti dan lebih taat pada Ilahi..kerana ujian datang dalam lembaran hidup, untuk menguatkan iman yang kian nipis.. Ujian juga, bukti cinta dan kasih sayang Allah..

Tumbuhan ini juga mengajar kita, bahawa hidup ini perlu kepada matlamat dan perancangan. Hidup yang dijalani, tanpa matlamat, adalah sia-sia. Setiap benih yang terbang, punya matlamat untuk tumbuh semula, matlamat untuk memulai sebuah kehidupan baru di tempat yang berbeza suasana. Jika benih si dandelion tidak terbang, maka tiada apa yang akan terjadi. Oleh itu, kita perlu menetapkan sebuah matlamat, yang membuat hidup lebih bererti..bukan sahaja di dunia, bahkan akhirat juga membawa kebaikan yang begitu sarat.

Dalam indah dandelion juga, bunga ini dalam bahasanya tersendiri mengajar kita untuk menjadi lebih berani, meskipun terlihat lemah pada luarannya, namun, keberaniannya tiada tolok bandingnya. Berani mengambil risiko, itulah yang diajarkan Allah dari tumbuhan berbenih gumpal putih ini.. Selagimana kita tidak berani untuk melakukan sesuatu, maka kita akan terus dibelenggu ketakutan dan ragu-ragu. Berani, bukan bererti, kita membangga diri, bukan juga untuk kita mahu membahayakan diri..tapi, berani kerana suatu kebenaran, dan berani kerana sesuatu yang membawa kebaikan.


Tidak terhenti di situ, malah, erti sebuah kepercayaan juga dapat dipelajari dari si dandelion.. dari sudut positif, percaya bahawa takdir yang Allah tuliskan, pasti memiliki suatu hikmah yang indah untuknya. Percaya juga, membuatkan ia tidak pernah sedih, kemana pun dia akan terbang dan tumbuh semula.. kerana kepercayaan, adalah satu tunjang asas dalam hubungan kehidupan. Kepercayaan kepada Allah yang menciptakan, dan juga kepercayaan terhadap sesama manusia di muka bumi ini. Jika dilihat dari sudut yang lain, tatkala semakin kuat angin yang menghembus, maka semakin kecil dan nipislah gumpalan dandelion itu.. kepercayaan juga begitu.. Tatkala kita memberi kepercayaan kepada seseorang, lantas orang itu perlahan-lahan menghakis kepercayaan itu dengan pelbagai karenah, maka kepercayaan kita kepadanya, akan semakin nipis..

Sesungguhnya, terlalu banyak ibrah yang boleh disingkap, lewat sekuntum bunga ini. Meskipun ramai yang melihatnya, cuma sekadar bunga yang melata, namun biarlah kita melihatnya sebagai sesuatu yang bermakna..lihatlah dari kacamata iman, maka kita akan melihat, bahawa semua yang wujud di dunia, bukan sia-sia.. kerana belajar dari ciptaanNya, membuatkan kita mensyukuri segala yang ada. Interaksi antara alam dan manusia, tidak pernah putus dan akan terus berkait. Kita memerlukan mereka, dan mereka juga memerlukan kita, namun, secara istimewanya, kita dan mereka sangat memerlukan Sang Pencipta..kerana tanpaNya, tidak akan kita wujud di atas dunia yang indah ini. Hargailah alam ciptaannya, dan belajarlah daripadanya, nescaya kita pasti akan bahagia!


#Photos credit to owner and google ^^
#Written by, SyifaQalbi

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat