”Pertemuan ini, menjadi suatu berarti,Dikala diri menepi, untuk, warna-warna
hati..Ruang-ruang jiwa, hanya untuk maha kuasa,Syair-syair cinta, tercipta karna dia...”
Sungguh, tak ku nafikan,
betapa indahnya setiap kata yang ada, pada bait lagu ini..dan, dari rangkap
yang pertama sahaja, kata-katanya bagai meresap kedalam jiwa...penulisnya
malah lebih tahu, erti yang tersirat dalam bait lirik yang disusunnya.. kali
pertama aku mendengarnya, aku rasakan ia seperti sesuatu yang pasti memiliki
cerita indah disebaliknya... sastera yang ada padanya..membuatku tertarik untuk
cuba memahaminya... apa yang ku fahami, lirik ini menceritakan tentang perasaan
seseorang, yang bertemu dengan insan yang telah menawan hatinya, namun pada
masa yang sama, ia sebenarnya cuba untuk mengenepikan perasaan yang pada ketika
itu, bukan menjadi keutamaannya... dengan harapan yang kuat dan indah, ia
sediakan setiap ruang dalam jiwanya... untuk Allah semata-mata, sebelum cinta
yang lain memasukinya... ah..begitu indah susunan katanya..namun..aku tidak
mampu mentafsirkan bait.. ” Syair-syair cinta, tercipta karna dia.” aku
benar-benar tidak mampu mentafsirkannya..boleh jadi, syair-syair cinta tercipta
kerana insan yang dicintainya, atau mungkin juga tercipta kerana DIA..Allah
yang satu..subhanallah memang sungguh
indah.....
”kupu-kupu cinta,terbanglah tinggi menuju jalannya,hinggaplah
engkau di bunga yang indah,terbang
bersama hembus angin...cinta..”
Pada lirik ini, apa yang aku fahami ialah, ia menjadikan perasaan cinta
itu menjadi satu metafora, yang dilambangkan sebagai kupu-kupu cinta... dan pemilik hati
ini, mengharapkan agar, perasaan itu
terarah kepada jalan cinta yang benar, yang landasannya adalah kerana Allah semata-mata.
” Ya ilahi, rabbi…Tiada lain hanyalah namamu,Satukan cinta ini dalam bingkai,Untaian ridhomu..”
Keindahan lirik itu tidak terhenti begitu sahaja,
tetapi disambung dengan satu pengharapan, dan doa yang dipanjatkan, kepada yang
Maha Esa. Di akhir bait lagu ini, adanya
doa dan harapan, yang dipanjatkan kepada Allah, agar cinta yang dirasainya,
diiringi dengan redhaNya..dan mungkin, dalam bait ” satukan cinta ini dalam
bingkai untaian ridhomu”, itu, bermaksud, biarlah cinta itu bersatu dalam
satu ikatan yang halal dan diredhaiNya.. kerana pastinya cinta yang diredhai
itu, wujud pada jalan pernikahan yang menyatukan hati dua insan, yang saling
mencintai kerana Nya semata-mata.
Coretan ini bukanlah bermaksud, aku sedang dilamun
cinta, namun, sebenarnya, banyak yang mampu dipelajari dan dijadikan sebagai
satu pelajaran dalam kehidupan kita...hidup sememangnya perlukan cinta, namun,
cinta Allah adalah yang paling utama... cinta insan sememangnya indah, namun,
persiapkanlah diri, untuk memenuhkan hati, dengan cinta Yang Esa... dan tatkala
rasa cinta kepada manusia tiba, kelak nanti kita mampu untuk menjadikannya,
sebagai satu perasaan yang dirasai hanya kerana Allah semata-mata... aku sangat
mengagumi saudari Renanda Lastri, penulis lirik lagu ”Kupu-kupu cinta” ini..kerana apa yang disampaikannya, memiliki
nilai sastera yang sangat tinggi..dan penyampaiannya, sangat-sangat menawan
hatiku, untuk mendalaminya dengan lebih teliti...dan aku dapat memahami, bahawa
cinta Tuhan itu juga begitu indah....SEINDAH SASTERA KUPU-KUPU CINTA...yang
sesetengahnya tidak mampu untuk ditafsirkan. Aku juga yakin..keindahan cinta
Allah itu...malah jauh lebih indah dari apa yang aku sangkakan...
Comments
Post a Comment