Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Duhai Muslimahku Sayang..

Muslimah itu, lembutnya bak bunga dandelion, kebaikannya menyebar  dengan  meluas,
mengikut rentak angin,dan selalu  menyenangkan mata yang melihat..





Duhai muslimah ku sayang,
Engkau penyeri yang membuat dunia menjadi indah..
Namun..janganlah kau salah ertikannya..
Lantas kau menjadi hiasan yang boleh di ambil sembarangan saja,

Biarlah kau jadi hiasan yang berharga,
Umpama mutiara yang jauh di dasar lautan,
Juga seperti permata yang berkilauan..
Tidak diletakkan dengan sembarangan,
Malah disimpan, penuh ketelitian,

Begitu juga aurat dan maruahmu,
Jangan kau pamerkan kepada khalayak ramai,
Jangan sesekali kau biarkan ia dijamah dan diratah,
Oleh mata liar yang penuh dengan nafsu serakah,

Kerana engkau muslimah...
Jadilah seperti matahari,
Sinarannya mampu menyilau pandangan,
Membuatkan tiada yang berani memandangmu,
Sepertimana tidak ada yang berani memandang matahari itu..

Kerana engkau muslimah..
Segalanya begitu berharga untukmu..
Sayangilah dirimu..jagalah dirimu..
Ingatlah selalu pada Tuhan yang menciptakan..
Kerana Ia sayang... maka diperintahkan kepadamu,
Untuk menjaga aurat dan maruahmu..
Dan  ingatlah selalu, pada sang utusan..
Yang sungguh-sungguh mempertahankan maruahmu..
Hingga engkau menjadi mulia,
Dengan asbab ’izzah islam..
Yang disampaikan, melalui Baginda..

Bersyukurlah, kerana engkau hidup bukan pada zaman jahiliah..
Dimana wanita tak dianggap manusia,
Melainkan hanya sebagai pemuas nafsu dan pembawa malang si durjana..
Dan kerana perjuangan Insan mulia itu…
darjatmu tinggi dan berharga…

Begitulah indahnya syiar agama..
Allah menghadirkan Rasulullah..
Sebagai pemimpin yang manusia...
Sanggupkah engkau menghancurkan segala pengorbanan baginda,
Dengan meruntuhkan sendiri maruahmu sebagai wanita...

Fikir-fikirkanlah...
Dan kerana aku seorang muslimah..
Aku juga perlu bermuhasabah..
Ayuh sahabat-sahabatku,
Kita bersama-sama berubah,
menjadi muslimah yang bermaruah...

Syifa’Qalbi,

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat