Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Nukilan...



WE need Allah in our life......

Rasa cinta kepada Ilahi,
terkadang sukar untuk dimengerti,
Hanya bagi insan yang mengecapi,
Mampu mentafsirnya sendiri,

Cinta Ilahi,
Bukan sebuah fantasi
Namun ia nyata dan dirasai

Jadilah seorang insan yang tidak kenal lelah,
Mencari sebuah cinta yang sejati,
Cinta itu kekal mengubat sanubari

Kala hati kian retak dek cinta insani
Usahlah gusar mencari pengganti
Kerana Allah tak pernah lekang disisi,
Ia tetap datang di taman hati,
Menjadi kuntuman indah dan berseri,
Harumannya membangkitkan lagi,
Iman yang bertakhta dihati,

Cinta Allah itu,
Ibarat sekuntum bunga yang tidak pernah mati,
Ia tetap segar dan berseri,

Bila ia dijaga dengan rapi,
Indahnya terbias pada diri,
Mencambah benih akhlak yang memuliakan peribadi,

Yakinlah dengan cinta Ilahi,
Memperolehnya ibarat suatu kemenangan yang hakiki,
Yang akan membuat hidupmu sentiasa bererti.


ALLAH itu SWEET...

#Syifa'Qalbi





Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat