Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Jangan Putus Asa... Senyumlah Sahabat ku !!



Bismillah.......

Redhalah dengan setiap ketentuan Allah... Kerana apa yang Allah rencanakan buat kita pasti ada hikmah yang tersimpan....

" boleh jadi apa yang kamu sukai itu tidak baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu, baik untuk kamu..Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
Al baqarah, 2:216

 :).... hari ini keputusan STPM penggal 3 sudah pun diumunkan.. Alhamdulillah..meskipun, keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diimpikan, tapi kita perlu belajar untuk redha...muhasabah diri kita balik... Ayat quran inilah yang membuatku  tenang sewaktu SPM dulu...dan untuk STPM ini juga, menjadi inspirasi... Pasti ada Hadiah yang Allah ingin beri buat kita... mungkin kalau aku  dapat cemerlang masa SPM dulu.. aku kufur nikmat.. dan aku tidak akan dapat merasa keperitan yang dilalui semasa STPM...

Alhamdulillah.. Bukan meluahkan perasaan.. cuma ingin memberi semangat buat sahabat seperjuangan.. Ingat, pointer yang kita dapat, bukan ukuran untuk ilmu kita...

Mungkin sahaja keputusan cemerlang yang kita dapat, Allah tak redha.. Na'uzubillah..

tetapi sangat beruntunglah kita sekiranya kecemerlangan itu atas redha Allah..
dan kepada yang mendapat keputusan yang sederhana atau tidak mencapai target, jangan sedih... siapa tahu, kekurangan itu Allah bagi dengan kasih sayang dan keredhaannya ??...
Perjuangan kita belum selesai... Masih jauh lagi..

Pada yang cemerlang.. ku ucapkan tahniah.. terutamanya. Sahabat2 di SMKAKK...
mabruk 'alaikum... pada yang kurang memuaskan, tahniah juga.. jangan PUTUS ASA ...

Allah Tidak Pernah Zalim Pada Hamba-hambanya.... Pasti ada sesuatu yang Allah mahu beri pada kita... dan yang penting sekali.. Jangan merungut dan mengeluh ...

"  when Allah give RAIN on Your day, don't worry, because on the next day..who knows, He Will Give You A BEAUTIFUL RAINBOW... Keep Smile... La Tahzan... "


" janganlah kamu berputus asa... sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa "
  Az-zumar, 39:53

mungkin Allah tidak makbulkan doa kita sekarang.. siapa tahu ? Allah simpan permintaan kita tu untuk masa akan datang... Rezeki kita pasti ada...  Allah makbulkan doa kita dengan pelbagai cara..

Masih teringat kata2 seorang senior, ia mengumpamakan SPM dan STPM dengan Maksud ;

SPM- Sijil Padang Mahsyar
STPM- Sijil Tinggi Padang Mahsyar

Dia kata, "Apa guna kita cemerlang SPM & STPM dunia tapi SPM & STPM (spt yang diumpamakannya ) kita gagal dan tersungkur...".. masih segar diingatan ini..

Kita perlu seimbangkan segalanya, Dunia dan Akhirat.. Belajarlah Kerana Allah semata ...
Bukan untuk dapat habuan dunia semata-mata.. Ingat, Dunia ini sementara... Kejayaan itupun belum tentu kekal, kiranya tidak diselitkan dengan kehadiran Allah..

Berdoalah... Masih ada kesempatan buat kita semua.. dan mudah2an Allah tidak menutup kecemerlangan buat kita semua, kerana dosa2 yang kita lakukan selama ini.. Allahumma amiin.. Insyaallah..

Be Positive And Optimist.. La Tahzan..



“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]






Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat