Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Yang Terindah



Di sebalik awan mendung, 
hujan turun membasahi bumi,
Namun, tetaplah tersenyum,
Kerana hujan itu pasti akan berhenti.

Lihatlah pelangi yang terlukis di dada langit,
dan hayatilah erti yang tersirat di sebalik pelangi itu,
pasti akan kau mengerti,
bahawa hidup ini ragamnya berwarna warni,

sepertimana yang terlukis pada pelangi yang sememangnya indah,
setiap warna yang hadir pasti membawa makna tersendiri,
lihatlah, betapa indah ciptaan Allah,

Ia jadikan mendung dengan kelabu,
Kemudian mewarnakan alam dengan terik matahari yang memancar,
Dan menghampar langit biru yang luas,

Serta padanya terserlah awan putih,
Yang berarak di sekelilingnya,
Seperti itulah kehidupan kita,
Samar pada mulanya, perit dan gelap tiada terkata,

Namun, setelah itu pasti akan indah jalannya..

Hidup ini bagai pelangi, pelbagai warna yang memenuhi, dan setiap warna pasti membawa maksud yang tersendiri...
Bagaikan sebuah kanvas lukisan yang putih,
pasti ada tangan yang akan melukis diatasnya,
dan kanvas hidup ini, telah dilukiskan dengan corak tersendiri
untuk setiap insan di dunia ini..

Dan renungilah setiap ciptaan ilahi, semuanya punya maksud yang perlu disingkap
dengan hati yang bersih..
maka akan terserlah kehebatan Allah yang Maha Pengasih...
#Syifa'Qalbi

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلْفُلْكِ ٱلَّتِى تَجْرِى فِى ٱلْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلْمُسَخَّرِ بَيْنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan
Al-Baqarah, 164

Allah ciptakan segalanya dengan hikmah, tanpa ada sia-sia..





pictures credit to owner (fb page& iLuvislam)

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat