Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Ibrah dari si kecil

Bismillahirrahmanirrahim..

Kenangan yang manis memang sukar untuk luput di ingatan setiap manusia..
malah, kadangkala kenangan manis itulah yang menambah azam dan kekuatan dalam kehidupan ini...

Jumaat, 6 februari 2014

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Zon Banggi

ini antara gambar-gambar yang sempat ku rakamkan dalam lensa kamera sempena sambutan itu.


Adik2 yang ceria dan comel..sangat menyejukkan hati :)



Penat berjalan... :)





     Apa yang paling menarik saat ini adalah, bila melihat kesungguhan adik-adik kecil yang kuat semangat dan stamina...hehe... meskipun mereka belum mengerti, perarakan itu adalah sebuah simbolik hijrah Rasulullah s.a.w...namun, sangat terharu melihat dan mendengar mereka bersungguh-sungguh melaungkan selawat nabi... kalau budak kecil boleh bersemangat untuk berselawat pada nabi..kenapa tidak kita ??? dan sepanjang sebelum hari perarakan, aku selalu terdengar mereka melagukan selawat apabila pulang dari sekolah..

    Dan yang paling mengagumkan apabila tidak ada seorang pun yang mengeluh kepenatan walaupun sudah berjalan lebih kurang 800 meter mengikut perkiraanku..


boleh tahan jauh jugaklah..aku sendiri pun penat berjalan, siap jadi pengawas untuk pastikan adik-adik tu semua tidak melencong ke tempat lain.

    Walaupun mereka belum mengerti.... namun..kekuatan dan semangat mereka itu mampu memotivasi..

   Alhamdulillah..walaupun persiapan tidaklah sehebat mana. kami merangkul tempat ketiga.
semua itu atas pertolongan Allah.. ditambah dengan usaha guru-guru di SAR Pekan Karakit, terutamanya Kak Masmah dan Kak Saidatun Nazafa atau lebih mesra ku panggil kak dedeng..guru besar sekolah ini..dan adik-adik yang tidak pernah kenal erti penat.. malah bagiku.. mereka seolah tidak memiliki definisi khusus atau istilah penat dalam kamus hidup mereka. Itulah keseronokan dunia kanak-kanak :)

     Mereka tahu, Rasulullah itu siapa...dan menjadi tugas murabbi dan murabbiah di sekolah ini, serta insan2 di sekeliling mereka, untuk menambah lagi pengetahuan mereka tentang baginda dan menyemai rasa cinta kepada baginda Rasulullah s.a.w...sejak dari usia mentah ini lagi...

Ambillah ibrah (pengajaran) sekalipun datangnya dari seorang budak kecil..

P/s: selawatlah pada nabi, tiap2 hari..sekali pun.. dah cukup baik.. jangan semangat, masa sambutan sahaja...tapi lepas dah tamat...terus lupa.. ( peringatan untuk semua dan terutamanya buat diri yang menulis..)

                          Ya Rasulullah..sesungguhnya kami, Rindu padamu....


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat