Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Perjalanan



" Biar Jatuh, Ku Bangkit semula...
Biar Lemas, Ku renangi Jua...
Inilah Jalan Cintaku, 
Biarpun berjuta batu... 
tidak lemah, terus aku melangkah...
Inilah Jalan cintaku, 
Laluan yang berliku,
tidak mudah. Kaki ini melangkah.... "
~ Aidil- Jalan Cintaku ~

Seharusnya beginilah perjalanan kita mencari sesuatu..
yakni CINTA ALLAH..
Jalannya tidak mudah,
Biar bertatih jatuh, 
tetaplah berusaha untuk bangkit semula...
Perkara Yang terindah adalah apabila kita berada dalam lautan cinta tuhan..
Tidak usah risau andai diri tidak tahu untuk berenang
kerana ALLAH sentiasa ada..
Allah Pasti akan bantu kita,
cuma dalam masa itu,
Allah Timpakan bermacam ujian,
untuk lihat sejauh mana azam kita untuk berusaha
berenang hingga sampai ke tepian pantainya..
Jadi, Apapun ujian yg datang, teruskanlah perjuangan..
usah ada putus asa dalam diri..

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat