Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Jadi Doktor??






credit to owner ^^


Bismillah...

     Ku mulai coretan ini dengan rasa kesyukuran, buat Allah S.w.t yang maha pengasih lagi maha penyayang, atas segala nikmat yang masih ku rasai,,sehingga hari ini.. dan nikmat menulis yang merupakan satu cara untukku lepaskan segala keserabutan dalam jiwaku..

     Hari ini, inginku kongsikan sebuah kisah, tentang mimpi dan cita-citaku suatu ketika dahulu.. yang kini tidak mampu ku capai.. kerana Allah berkehendak yang lain, dan Dia, telah melukiskan sebuah kisah lain yang nyata lebih indah untuk ku jalani..:)

  Dahulu, aku pernah berimpian, untuk menjadi seorang doktor..sejak di bangku sekolah rendah..meski cita-citaku ketika itu berubah-ubah.. namun cita-cita terbesarku adalah untuk menjadi seorang doktor, sama seperti gambar di atas.

     Sehinggalah naik ke bangku sekolah menengah, cita-citaku masih sama. Sehinggakan aku menangis ketika memikirkan tentang keputusan PMR ku yang kurang memberangsangkan..maknanya, punahlah harapanku untuk mengambil aliran sains di tingkatan empat.. namun, nasib menyebelahi diriku, apabila cikgu mengumumkan bahawa aliran sains menerima pelajar dengan keputusan 6A keatas.. maka, tanpa banyak berfikir, aku memilih untuk masuk ke kelas 4 Muslim, kelas kedua untuk aliran sains. Tahun pertama, aku belum merasai kesukaran subjek-subjek seperti Kimia, Biologi dan Fizik. namun di akhir tahun 2010 itu, aku mula menyedari bahawa hatiku kurang serasi dengan pembelajaran subjek-subjek tersebut. Ya! jujur ku katakan, bagi insan yang memiliki ingatan yang lemah serta lambat memahami sesuatu yang kompleks sepertiku, subjek tersebut sememangnya sukar..

     Namun, disebabkan aku sudah mengharunginya selama setahun, maka aku cuba untuk meneruskan perjuangan sehinggalah peperiksaan SPM. Apabila keputusan SPM diumumkan, aku cuma tersenyum pahit melihat barisan huruf D yang begitu bangga menghadirkan diri dalam slip keputusanku. kesemuanya subjek Sains dan Matematik Tambahan yang... entahlah.. hanya satu definisi yang bermain di kepalaku.. SUSAH...cuma subjek Fizik, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, PQS, PSI, Sejarah dan Bahasa Arab yang indah di pandang mata. huhu

     Maka, imej seorang doktor yang berkot putih dengan 'stethoscope' yang tergantung kemas di leher perlahan-lahan lenyap dari mataku.. sememangnya aku sedih bila memikirkan tentangnya, namun, segalanya telah berlaku, dan aku akhirnya mengubur dalam-dalam ke dasar hatiku, impian itu..sehingga hari ini..

     Pernah suatu ketika, aku menemani ibuku ke hospital. Secara tidak sengaja, mataku terlihat seorang doktor wanita yang sangat mempesona dengan kot putihnya. Maka, aku melihat dengan rasa sayu, kerana tahu aku tidak akan dapat menjadi sepertinya..aku menyuarakan rasa hatiku kepada ibu, tentang betapa kecewanya aku, kerana tidak mampu menrealisasikan cita-citaku dahulu. Kadangkala, ada keluhan, dan penyesalan, namun ibuku sentiasa mengingatkan.. ada asbab lain mengapa aku berakhir dengan nasib sebegitu. Mungkin aku mahu seperti ini, tetapi ternyata Allah mengkehendaki sesuatu yang lain untukku. Kata ibu, setiap orang itu istimewa, Allah sudahpun menentukan jalan hidup kita bagaimana..

     Dan hari ini, aku percaya, meskipun aku tidak mampu mencapai cita-citaku dahulu, Allah gantikan dengan kegembiraan melihat adikku pula yang akan meneruskan impianku yang tidak tercapai. (Meskipun mereka tidak mahu mengambil jurusan kedoktoran, namun itu sudah cukup bagiku, melihat mereka mengambil jurusan Sains di universiti)

     Aku pula, bahagia dengan apa yang aku pelajari hari ini, meskipun, ini bukanlah sesuatu yang aku sukai, namun lama-kelamaan, aku mampu melihat hikmahnya.. malah terlalu banyak kebaikan yang datang bersamanya. 

     Selama hari ini, aku cukup kagum melihat para doktor, dan pelajar yang mengambil jurusan perubatan. Kerana aku tahu, cabarannya amat besar. Maka, hargailah doktor-doktor yang merawat kita, kerana mereka sanggup untuk mengambil tanggungjawab, untuk mempelajari bidang perubatan, dan seterusnya menabur bakti pada masyarakat marhaen seperti kita.

     Akhir coretan ku, aku ingin mengatakan, bahawa kita perlu percaya, bahawa Allah tidak pernah salah dalam menentukan takdir seseorang hamba..bahkan apa yang diberikanNya, adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.. kerana Allah itu Maha mengetahui dan Maha bijaksana, dalam mengatur dan 'melukis' jalan kehidupan kita, mengikut aturanNya. :)

Sekian, dari seseorang yang pernah bermimpi, untuk menjadi seorang doktor, dan kini bahagia dengan apa yang dilaluinya :)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”- Al-Baqarah, 216,


Comments

  1. Sya sedih sis, cerita kita hmpir sama,punya cita2 yg terkubur tapi sampai sekarang masing terngiang2 angan2 tu, kalau pegi hospital mesti akan tersenyum sorg2 tgk doktor2 , ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat