Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Kak.. Bacakan buku ni untuk Ami...

Rizami dan isqandar


:) :)

21 februari, Jumaat.
4.30 pm, surau sekolah..

" Kak, bacakan buku ni untuk Ami boleh ? "

Seorang adik datang mendekatiku dengan membawa sebuah buku cerita...

" Boleh Ami... bagi kakak tengok buku tu.... "

Tiba-tiba, aku merasa seolah nafas sukar untuk dilepaskan..
Seolah tersekat di kerongkongan..
kerana buku itu ditulis dalam Bahasa Arab...

dalam hatiku.....

 "alamak.... macam mana ni...dahlah aku ajar Bahasa Arab.. kalau aku cakap aku tidak mahu baca sebab aku kurang  faham... aduh ya Rabb... macam mana ni..."
biarlah... cuba dulu...

Bismillah...

" Ok Ami... tgk tajuk dia ni... dia tulis..    'حرب ملاك'
Ni maksudnya... Perang Melaka..."

"Oh Maksudnya Perang...lepas tu kak ?"

aku pun membuka halaman pertama buku cerita tersebut....dalam hatiku debarnya Allah sahaja yang tahu... kerisauanku lebih kepada Ami yang sedang teruja untuk mendengar cerita yang ditulis... aku diam seketika.. membaca dan cuba memahami...

" Ok..........
Pada Zaman Dahulu, terdapat sebuah negeri yang diberi nama Melaka....
.....

Ami dengan khusyuk mendengar sambil duduk di sebelahku..

" lepas tu..... "
belum sempat berpindah ke halaman seterusnya, Kak Masmah memanggil mereka untuk mulakan sesi amali solat...

" OK murid-murid, sekarang semua duduk dalam saf..." - Kak Masmah.

" Emm... Ami..nanti kita sambung lagi ya.. nanti akak cerita lagi..."

"Ok kak..."

Saat itu, debar yang ku rasai  tenang dengan serta merta... Alhamdulillah ! Dapat juga aku baca dan faham walaupun sedikit....

Tapi, sebenarnya...aku merasa amat bersalah .. rasa malu...  rasa bersalah pada ilmu yang ku pelajari selama ini... terasa sangat yang ilmu masih terlalu dangkal... apatah lagi Bahasa Arab.
7 tahun aku berhadapan dengan subjek dan bahasa ini tapi, masih terlalu banyak yang aku tidak tahu...

Seorang budak kecil, yang hanya berumur 7 tahun telah menyedarkan diri ini.. Bahawa kita perlu, perlu dan perlu untuk belajar lagi..dan jangan sesekali berhenti menimbanya....  Ilmu Allah itu terlalu luas.... perlu diteroka.... dan adik ini turut menyedarkanku.. pentingnya belajar kerana Allah semata-mata... Allah.... Insyaallah..Akanku cuba untuk perbaiki segalanya..

Syukran buat adikku, Mohamad Rizami,... Allah memberkatimu...
Menjadi seorang guru memang tidak mudah... apatah lagi, apabila mengajar budak-budak kecil..sangat menguji keimanan... Namun di situlah tercipta semangat untuk meneruskan perjuangan, menyampaikan ilmu buat yang memerlukan... meskipun yang empunya diri belum berpengalaman, malah penuh dengan kekurangan...
Tapi pegang pada Sabda junjungan,

" Sampaikanlah dariku walau satu ayat"...

Aku tidak berharap semua adik-adik itu faham apa yang ku ajarkan... Kerana Allah Jua Yang Maha Memberi Kefahaman.... Tapi aku harap, suatu hari nanti, ada yang bermanfaat buat mereka, meskipun sedikit sahaja yang dapatku sampaikan... Keikhlasan amat perlu.. agar Allah terus mempermudahkan... Allah tidak pandang pada hasil... tapi pada usaha...

# ini bukan luahan perasaan.. cuma ingin berkongsi pengalaman... : )



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat