Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Bicara hati



    Sudah hampir lima bulan merasai nikmat menjadi seorang guru... memang tak tergambar perasaan dan hikmahnya... cabaran memang terlalu besar.. sehingga ana merasakan betapa seseorang yang menjadi guru itu sememangnya sangat hebat... kekuatan yang ada pada seorang guru memang luar biasa.. Namun..ana tak cukup kuat seperti mereka...
Terima Kasih Guru.. terima kasih ana hulurkan buat murabbi murabbiah ana dari kecil sehinggalah ana besar...
Daripada ummi dan abi..sehinggalah guru2 di sekolah..juga kepada sesiapa saja.  Moga Allah beri keberkatan untuk mereka semua.. Amiin...

    Semakin lama, ana semakin memahami karenah budak2 kecil... kadangkala, turut muhasabah diri ini...  dan sedar akan tanggungjawab diri.. Adik2 yang ana jumpa ini, semuanya menyejukkan hati. Walau kadangkala ana memang takkan dapat menahan marah pada mereka...tapi, bila melihat pada mereka terasa sesuatu dalam hati.. juga mengingati karenah ana sewaktu kecil dahulu..mungkin ana pernah buat guru ana lebih terasa dan sakit hati, lebih teruk daripada apa yang ana rasakan sekarang.. memang benar.. budak kecil ini suci... tenang ja hati bila mendengar gelak tawa mereka.. melihat bibir mungil mereka tersenyum dan bercerita... terasa seperti ubat untuk hati yang sedang resah..
sama juga perasaannya, bila melihat pada wajah ummi dan abi.. dan ana dah anggap mereka semua ini seperti adik ana sendiri...

Sememangnya Allah Tau Apa Yang Terbaik Untuk kita... bila rasa sakit hati, marah kecewa, sedih, bahkan bila gembira pun Allah tetap ada..Allah tetap bagi yang terbaik mengikut situasi...Subhanallah...

comel ja tengok mereka
adik2 ni paling banyak celotehnya
comel tengok budak2 ni nak bergambar..
terutamanya Isqandar, Ain dan Ilham.. :D



semua duk pakat2 nak bergambar...hehe..
kesian tengok budak Isqandar tersepit kat situ..heheh

    Benar apa yang sahabat ana katakan, nak mengajar budak2 kecil perlu kesabaran dan iman yang kuat... Ana setuju 100%.. Kalau kita tak kuat, memang payah dan terus putus asa..semoga hati ini terus kuat..insyaallah..
.Moga mereka jadi hamba, anak-anak, dan pelajar, yang soleh solehah, serta jadi orang yang berguna satu hari nanti... dan semoga Allah beri kekuatan buat guru2 yang akan terus mendidik anak2 ini...Kalau tidak kerana Allah..Takkan ana dapat merasai semua ini... Alhamdulillah... 

Perlu ana ingatkan, buat insan yang membaca, ini bukannya sebuah luahan perasaan, tetapi cuma sebagai perkongsian, agar semua dapat merasai dan memahami apa yang kami lalui.

#SELAMAT HARI IBU DAN HARI GURU...

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat