Posts

Showing posts from February, 2014

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Buat guruku

Image
Salam secangkir kasih buat guru yang disayangi, Masih ku ingat lagi, Saat- saat manis, tika menuntut ilmu darimu, Takkan juga ku lupakan saat engkau Hadir disisiku, Mengajariku dengan  tulus  tanpa sedikit keluhan dari bibirmu, Menasihatiku dengan penuh keikhlasan dari hatimu, Membakar semangatku saat aku lemah dan buntu, Guruku, Hadirmu dalam diari hidupku, Menjadikan engkau adalah sebahagian dari warnanya, Ku kagumi ilmumu, Ku hormati wibawamu, Ku akui indah peribadimu, Dan segala yang ada pada dirimu, Ku nukilkan kata  yang  sederhana ini, Buat menagih kemaafan yang mengalir dari relung jiwamu, Moga arusnya, mampu menyucikan lumut dalam jiwaku, Maafkanlah diriku, Andai ada yang mengguris hatimu, Selama aku menimba ilmu dari telaga ilmumu, Terima kasih ku ucapkan, Atas segala ilmu dan kasih sayang,  yang engkau curahkan kepadaku, Pintaku padamu, doakanlah aku selalu, Semoga Allah membalas kebaikanmu, Melalui se

Kak.. Bacakan buku ni untuk Ami...

Image
Rizami dan isqandar :) :) 21 februari, Jumaat. 4.30 pm, surau sekolah.. " Kak, bacakan buku ni untuk Ami boleh ? " Seorang adik datang mendekatiku dengan membawa sebuah buku cerita... " Boleh Ami... bagi kakak tengok buku tu.... " Tiba-tiba, aku merasa seolah nafas sukar untuk dilepaskan.. Seolah tersekat di kerongkongan.. kerana buku itu ditulis dalam Bahasa Arab... dalam hatiku.....   "alamak.... macam mana ni...dahlah aku ajar Bahasa Arab.. kalau aku cakap aku tidak mahu baca sebab aku kurang  faham... aduh ya Rabb... macam mana ni..." biarlah... cuba dulu... Bismillah... " Ok Ami... tgk tajuk dia ni... dia tulis..    'حرب ملاك' Ni maksudnya... Perang Melaka..." "Oh Maksudnya Perang...lepas tu kak ?" aku pun membuka halaman pertama buku cerita tersebut....dalam hatiku debarnya Allah sahaja yang tahu... kerisauanku lebih kepada Ami yang sedang teruja untuk mendengar cerita yang ditulis... aku d

Perjalanan

" Biar Jatuh, Ku Bangkit semula... Biar Lemas, Ku renangi Jua... Inilah Jalan Cintaku,  Biarpun berjuta batu...  tidak lemah, terus aku melangkah... Inilah Jalan cintaku,  Laluan yang berliku, tidak mudah. Kaki ini melangkah.... " ~ Aidil- Jalan Cintaku ~ Seharusnya beginilah perjalanan kita mencari sesuatu.. yakni CINTA ALLAH.. Jalannya tidak mudah, Biar bertatih jatuh,  tetaplah berusaha untuk bangkit semula... Perkara Yang terindah adalah apabila kita berada dalam lautan cinta tuhan.. Tidak usah risau andai diri tidak tahu untuk berenang kerana ALLAH sentiasa ada.. Allah Pasti akan bantu kita, cuma dalam masa itu, Allah Timpakan bermacam ujian, untuk lihat sejauh mana azam kita untuk berusaha berenang hingga sampai ke tepian pantainya.. Jadi, Apapun ujian yg datang, teruskanlah perjuangan.. usah ada putus asa dalam diri..

Janji Kita

Image
Teristimewa buat sahabat yang amat disayangi. Kita geng Sampai Syurga Tau...hehe Janji Kita- Mirwana Inilah janji kita oo... Bersama zahirkan mimpi jadi nyata Hari anugerah indah Ceria tersulam mesra Istimewa bermakna... Irama kejayaan Kini kita nyanyikan   bersama kesyukuran bila kejayaan sudah digenggaman... Tunaikan azammu zahirkan impian... Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan Kotakan cita perjuangan Detik silam menduga   Mencorak suka duka... Menguji semangat jiwa Cita-cita terbina Mengukuhkan setia Tabah menjejak bahgia... C/O: Bridge: Inilah masanya...buktikan segala.... Inilah janji kita oo...  Bersama zahirkan mimpi jadi nyata Untukmu sahabatku... Tetap akan ku sayangi, akan ku cuba untuk menunaikan janji yang kita bina, Selagi kita masih bernyawa Ayuh ! Berusaha untuk realisasikannya... # Tiniey, Lina, Wani y, Wani B, Zati, Fatin, Aiin, Dila, Dewi, Mar, Ain J, Nana, Shu, Khadijah, Ely, Faje&

Cinta Dalam Diam

Image
Jika kita suka pada seseorang, Jangan beritahu padanya, Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya, Tapi luahkanlah Pada Allah, Khabarkanlah segalanya pada Allah, Ingatlah, Allah itu Maha Tahu,  siapa jodoh kita, Cukuplah mencintai dengan diam, Dari kejauhan, penuh kesederhanaan dan keikhlasan, Usah dicemari jiwa,  dengan cinta yang penuh noda Biarlah fitrah cinta itu mengalir mengikut aliran Allah, Kerana Ia berhulu Dari Allah, Maka, Ia akan berhilir Kepada Allah Jua... # Adapted poem.. " Jangan sesekali merasa terlalu gembira, apabila mencintai seseorang, Takutilah andai cintamu itu nanti mampu melenyapkan cinta yang Maha Esa dalam Jiwamu.." cukuplah cinta dengan sederhana,  agar tiada sesal yang tidak tertara, Jalanilah cinta, dengan cara yang sebenarnya, Moga syariat dijaga, maruah kekal terpelihara.

Jangan Putus Asa... Senyumlah Sahabat ku !!

Image
Bismillah....... Redhalah dengan setiap ketentuan Allah... Kerana apa yang Allah rencanakan buat kita pasti ada hikmah yang tersimpan.... "   boleh jadi apa yang kamu sukai itu tidak baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu, baik untuk kamu..Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ." Al baqarah, 2:216  :).... hari ini keputusan STPM penggal 3 sudah pun diumunkan.. Alhamdulillah..meskipun, keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diimpikan, tapi kita perlu belajar untuk redha...muhasabah diri kita balik... Ayat quran inilah yang membuatku  tenang sewaktu SPM dulu...dan untuk STPM ini juga, menjadi inspirasi... Pasti ada Hadiah yang Allah ingin beri buat kita... mungkin kalau aku  dapat cemerlang masa SPM dulu.. aku kufur nikmat.. dan aku tidak akan dapat merasa keperitan yang dilalui semasa STPM... Alhamdulillah.. Bukan meluahkan perasaan.. cuma ingin memberi semangat buat sahabat seperjuangan.. Ingat, pointer yang kita

Sahabat Dunia akhirat

Image
 Tadi, tengah2 tengok post orang kat Fb, tiba-tiba terjumpa gambar ni, Ya... Seorang sahabat itu memang sangat bererti.. apatah lagi, bila sahabat itu  adalah orang yang akan sentiasa berada di samping kita, tak kira, senang atau susah... Bagi ana, ana sayang semua sahabat ana sama rata, tak kisahlah macam mana pun fe'el yang ada padanya.. apa yang penting, hati yang ada padanya...  dan kasih sayang kami, terbit kerana Allah ta'ala..  Insyaallah.. Sahabat seperjuangan yang dikasihi.. tak mau gaduh2 macam ni..hehe Kenangan belajar sama2 Kat sinila tempat kami selalu lepak...belajar sama-sama..

Yang Terindah

Image
Di sebalik awan mendung,  hujan turun membasahi bumi, Namun, tetaplah tersenyum, Kerana hujan itu pasti akan berhenti. Lihatlah pelangi yang terlukis di dada langit, dan hayatilah erti yang tersirat di sebalik pelangi itu, pasti akan kau mengerti, bahawa hidup ini ragamnya berwarna warni, sepertimana yang terlukis pada pelangi yang sememangnya indah, setiap warna yang hadir pasti membawa makna tersendiri, lihatlah, betapa indah ciptaan Allah, Ia jadikan mendung dengan kelabu, Kemudian mewarnakan   alam dengan terik matahari yang memancar, Dan menghampar langit biru yang luas, Serta padanya terserlah awan putih, Yang berarak di sekelilingnya, Seperti itulah kehidupan kita, Samar pada mulanya, perit dan gelap tiada terkata, Namun, setelah itu pasti akan indah jalannya.. Hidup ini bagai pelangi, pelbagai warna yang memenuhi, dan setiap warna pasti membawa maksud yang tersendiri... Bagaikan sebuah kanvas lukisan yang putih, pasti

Ibrah dari si kecil

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Kenangan yang manis memang sukar untuk luput di ingatan setiap manusia.. malah, kadangkala kenangan manis itulah yang menambah azam dan kekuatan dalam kehidupan ini... Jumaat, 6 februari 2014 Sambutan Maulidurrasul Peringkat Zon Banggi ini antara gambar-gambar yang sempat ku rakamkan dalam lensa kamera sempena sambutan itu. Adik2 yang ceria dan comel..sangat menyejukkan hati :) Penat berjalan... :)      Apa yang paling menarik saat ini adalah, bila melihat kesungguhan adik-adik kecil yang kuat semangat dan stamina...hehe... meskipun mereka belum mengerti, perarakan itu adalah sebuah simbolik hijrah Rasulullah s.a.w...namun, sangat terharu melihat dan mendengar mereka bersungguh-sungguh melaungkan selawat nabi... kalau budak kecil boleh bersemangat untuk berselawat pada nabi..kenapa tidak kita ??? dan sepanjang sebelum hari perarakan, aku selalu terdengar mereka melagukan selawat apabila pulang dari sekolah..     Dan

Nukilan...

Image
WE need Allah in our life...... Rasa cinta kepada Ilahi, terkadang sukar untuk dimengerti, Hanya bagi insan yang mengecapi, Mampu mentafsirnya sendiri, Cinta Ilahi, Bukan sebuah fantasi Namun ia nyata dan dirasai Jadilah seorang insan yang tidak kenal lelah, Mencari sebuah cinta yang sejati, Cinta itu kekal mengubat sanubari Kala hati kian retak dek cinta insani Usahlah gusar mencari pengganti Kerana Allah tak pernah lekang disisi, Ia tetap datang di taman hati, Menjadi kuntuman indah dan berseri, Harumannya membangkitkan lagi, Iman yang bertakhta dihati, Cinta Allah itu, Ibarat sekuntum bunga yang tidak pernah mati, Ia tetap segar dan berseri, Bila ia dijaga dengan rapi, Indahnya terbias pada diri, Mencambah benih akhlak yang memuliakan peribadi, Yakinlah dengan cinta Ilahi, Memperolehnya ibarat suatu kemenangan yang hakiki, Yang akan membuat hidupmu sentiasa bererti. ALLAH itu SWEET... #Syifa'Qalbi