Posts

Showing posts from July, 2014

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Hidup ini biar Allah redha

Image
Bismillah... Sedikit nukilan rasa yang ku coretkan, Hidup kita bukan untuk sia-sia..kerana Allah mencipta kita dengan tujuan... kita punya amanah, yang tergalas di bahu seorang hamba bernama manusia.. dan itu adalah KITA... kerana itu,  hidup ini biar Allah redha... Pejamkan matamu, rasakan dengan jiwamu, pasti tiada yang lebih indah dan damai melainkan kau sandarkan segalanya kepada Ilahi... Biarlah ujian datang bertalu, namun kau tetap sabar dan utuh memegang amanah Tuhanmu...teguh dan sabarlah..kerana kesusahan yang dirasai, saat berjalan di atas dunia, akan di balas dengan syurga yang indah di akhirat sana, dengan syarat engkau redha dan menerima segala-galanya.. " Sesungguhnya, kita takkan pernah tahu, bagaimana Allah 'melukis' hidup kita, Namun, berdoalah pada-Nya agar lukisan itu sentiasa indah...kerana itu, terimalah setiap ujian dan kesulitan dengan redha,dan anggaplah ia adalah salah satu warna, yang Allah letakkan, untuk menjadikan kanvas it

Bulatan Gembira

Image
Usrah , Aku mula mengenali usrah, ketika berada di tingkatan satu... Mulanya, aku beranggapan, usrah ini hanya terhad pada program sekolah semata-mata, namun, ternyata, ia ada di mana-mana... Indahnya, saat berada dalam bulatan itu, Simpul senyuman saling terikat, ukhuwah juga semakin erat, Usrah, bukan sekadar pengisian jiwa semata-mata... tetapi ia turut menjadi medium, menyambung silaturrahin sesama ahlinya.. segalanya terasa bahagia, bila berada dalam Usrah. Ilmu semakin bertambah, muhasabah jiwa juga sentiasa ada, Dari Usrah, aku banyak mengenali da'ie, juga banyak mempelajari dakwah.. aku juga dapat mengenal sahabat-sahabat yang selama ini, ku kenali sekadar namanya sahaja. Namun dengan usrah, segalanya di kongsi bersama, ibarat sebuah keluarga... Betapa indahnya, andai kita dapat berada dalam bulatan itu selalu... sentiasa ada yang mengingatkan kita, untuk menjadi insan yang bertaqwa.... Terima kasih..untuk semua kakak-kakak naqibah, yang pernah memb

Kerana Aku Jatuh Cinta Padanya...

Image
Bismillah... Kerana aku, jatuh cinta padanya....   # mungkin, gaya bahasanya tak secantik puisi yang dikarang oleh orang yang pandai bermadah kata,..... Aku jatuh cinta, pada perjuangan, Kerana IA yang telah tiada, Kerana semangatnya, aku bangkit semula, Dan semangatnya itu, akan selalu ku bawa, Agar cintaku semakin bercambah, Meskipun usia semakin luput dimamah masa, Allah, aku jatuh cinta, Pada sebuah perjuangan nyata, yang membakar semangatku untuk meneruskan  Segala impian yang tergendala Ya!! Benar Ya Allah.... Aku telah jatuh cinta, Pada perjuangan menuntut ilmu Mu, Kerana itu, Akan ku penuhi dadaku dengannya, Untuk ku gapai impianku, Lantas merealisasikannya dengan cukup bermakna... Aku tahu, Segalanya takkan mudah, Kerana itu, aku perlu mujahadah, Moga Engkau permudahkan jalannya... Berikan aku kekuatan, Agar sentiasa kuat dan tabah, Sehingga aku berjaya berbakti untuk Agama dan ummah

Nukilan Hati 2

Lama merenung diri, Muhasabah menemani hati, Benarkah cinta ini suci, Kerana seringkali, Aku selati dengan ingatan yang tiada henti, Kepada insan yang belum halal buat diri, Benarkah cintaku suci, Andai perasaan ini begitu daif untuk ilahi, Juga buat nabi, yang lebih layak dicintai, Ya rabb… hamba yang bagaimanakah aku ini? Seringkali ku melafaz janji, Takkan pernah menduakan Mu di hati, Namun, tindakan dan perlakuanku berbeza sekali, Setelah aku kecewa dengan dunia ini, Saat itulah aku meminta belasMu kembali, Setelah ku peroleh apa yang aku kehendaki, Aku lupa pada-Mu yang memberi rezeki, Allah, aku rasa malu, Malu untuk menghadapmu, Kerana aku insan yang sering mengungkap janji, Namun jarang ku tepati, Maafkan khilaf hambamu yang hina ini, Bantulah aku agar kembali kepada fitrah insani, Kerana aku ingin, untuk mencintai-Mu Dengan sepenuh hati.... Berilah kesempatan, buat ham

'Sakit' wanita di bulan Ramadhan.. Ayuh jadikannya berpahala

Image
Ummulmukminin Aisyah r.a didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan,            " Rasulullah menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya; kenapa denganmu? Adakah kamu sedang uzur? 'Ya'.. lalu baginda memujuk: "inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." ( Riwayat Al-Bukhari)               Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud: " Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya sepertimana dia lakukan ketika sihat dan bermukim" (Riwayat Al-Bukhari)       Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita melakukan ibadah rutinnya termasuklah puasa Ramadhan. sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika waktu sihatnya, maka pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia 'sakit'.      Maka, duhai wanita tersayang, janganlah berasa sedih sekiranya 'teman baik' itu datang menemuimu saat Ramadhan bertamu...kera