Posts

Showing posts from May, 2014

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Biarkan gambar itu berbicara

Image
Wahai insan yang bergelar anak, hargailah ibu bapamu, selagimana mereka masih ada, berbaktilah kepada mereka, sayangilah mereka, kasihilah mereka... ringankanlah tangan dan mulutmu, buat menadah doa untuk ibu bapamu.. siapalah kita, tanpa mereka... Buat bapa, Zainul Baharom, dan ibu, Fatimah Jaimah Amarun, Terima kasih atas segalanya... sayang ibu dan bapak selalu.... Ingatlah, bahawa redha Allah itu, bergantung pada redha ibu dan bapa kita... Jadilah anak yang soleh dan solehah.. berusahalah untuk membahagiakan mereka, walaupun susah mana kehidupan kita..  semoga cinta buat ibu dan bapaku, sentiasa mekar dalam sanubariku,  betapa diri ini sangat bersyukur, kerana Allah memberi peluang untuk merasai nikmat memiliki ibu dan bapa, merasai nikmat kasih sayang mereka... moga kasih ini membawa ke syurga.. Allahumma amiin Saat nanti engkau berpisah jauh dari mereka, maka jangan pula kasihmu semakin jauh..Ingatlah mereka selalu. Semat

7 ayat cinta Rabbi

Image
" Barangsiapa yang menghafal 7 kalimah ini, serta mengamalkannya, maka akan dimuliakan dirinya oleh Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan, yakni ; 1. Kalimah 'Basmalah' Bilamana hendak berbuat sesuatu, maka mulailah dengan kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'... 2. Kalimah 'Hamdalah' Apabila mendapat nikmat dari Allah Ta'ala.. biasakanlah lidahmu, menyebut 'Alhamdulillah', sebagai tanda syukur.. 3. Kalimah 'Istighfar' Sesungguhnya istighfar itu memilik banyak fadhilatnya. Bilamana melakukan sesuatu yang tidak baik atau melihat sesuatu yang tidak sepatutnya, ucapkanlah 'istighfar'. 4. Kalimah 'InsyaAllah' Sebutlah bilamana kita hendak berbuat sesuatu utk masa akan datang atau bilamana kita berjanji. Kerana sesuatu itu berlaku, atas kehendak Allah jua.  5. Kalimah 'Laa hawlawala quwwata illa billah' Bilamana kita tidak terdaya untuk m

C.I.N.T.A

Image
Insan, tak kiralah lelaki atau perempuan, pasti akan merasai cinta, kerana itu fitrah. Namun, janganlah biarkan cinta manusia, membelakangi prioriti dan amanah kita. kepada sahabat2 muslimah, 'hunuslah duri' buat melindungi diri, dan sahabat2 muslimin, usah 'mematahkan' wanita dengan tipu daya, Ayuh kita pandu cinta, bertunjangkan Allah yang esa. Sedikit nukilan dari hamba yang tak sempurna, Aneh sungguh cinta manusia, Apabila diberi kenikmatannya, Bukanlah ia semakin mendamaikan, Malah membuat hati semakin keresahan, Pabila hati gelisah tak keruan, Pelbagai warna yang akan terbias dari diri yang merasainya, Kadangkala rasa itu boleh meracun sanubari, Adakalanya juga,  ia mampu menjadi penawar   luka yang tidak terperi, Cinta manusia,  adakalanya ia membahagiakan, Namun selalunya  menyakitkan, Semakin perit lagi andai ia terbina kerana nafsu Dan kemahuan yang bertentangan, Binalah cinta kepada insan, Bertunjangkan r

Bicara hati

Image
    Sudah hampir lima bulan merasai nikmat menjadi seorang guru... memang tak tergambar perasaan dan hikmahnya... cabaran memang terlalu besar.. sehingga ana merasakan betapa seseorang yang menjadi guru itu sememangnya sangat hebat... kekuatan yang ada pada seorang guru memang luar biasa.. Namun..ana tak cukup kuat seperti mereka... Terima Kasih Guru.. terima kasih ana hulurkan buat murabbi murabbiah ana dari kecil sehinggalah ana besar... Daripada ummi dan abi..sehinggalah guru2 di sekolah..juga kepada sesiapa saja.  Moga Allah beri keberkatan untuk mereka semua.. Amiin...     Semakin lama, ana semakin memahami karenah budak2 kecil... kadangkala, turut muhasabah diri ini...  dan sedar akan tanggungjawab diri.. Adik2 yang ana jumpa ini, semuanya menyejukkan hati. Walau kadangkala ana memang takkan dapat menahan marah pada mereka...tapi, bila melihat pada mereka terasa sesuatu dalam hati.. juga mengingati karenah ana sewaktu kecil dahulu..mungkin ana pernah buat guru ana lebi

Nikmat

Image
Bismillahirrahmanirrahim... "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan".. Ar-Rahman, 13.. Nikmat yang kita dapat terkadang tak kita sedari... kadangkala kita tak mensyukuri... Allah bagi nikmat untuk kita... tapi kadangkala...ada yang kufur pada nikmat itu... bersyukurlah selalu... Allah beri kita kesihatan.. sedangkan ada yang diuji dengan kesakitan.. Allah beri kita nikmat untuk belajar..sedangkan masih ada yang tidak mampu untuk menanggung biaya pembelajaran.. Allah beri kita nikmat kelapangan... namun ada yang sedang dalam kesempitan.. Allah beri kita nikmat untuk merasai kasih sayang ibu bapa.. sedangkan ada yang tidak merasainya...dan terlalu banyak nikmat yang Allah bagi..sehinggakn kita takkan mampu untuk menghitungnya... BERSYUKURLAH..... Alhamdulillah.. Hari ini.. masih lagi ana mampu untuk merasai pelbagai nikmat dariMU ya rabb.. Jauhkan kami dari kufur atas segala nikmatmu... Alhamdulillah...

dakwah lukisan

Image
Terasa lucu bila melihat gambar kartun ini.. namun mesej yang disampaikan cukup untuk muhasabah diri, juga mengingatkan agar kita sentiasa menghindari 'virus' yang sering menjangkiti golongan remaja seperti kita.. Aktifkan selalu 'Antivirus' diri.. perbanyakkan ilmu dan amal.. tebalkan iman dan malu dijiwa, agar kita mampu menghindari 'virus merahjambu' yang merbahaya... Moga Allah memberkati pelukis kartun ini..

Andainya...

Image
Ya Allah, Indahnya perasaan ini, Andai ia mengalir dengan redha-Mu, Aku sedar, fitrah itu tidak mampu untukku hapuskan, Namun, aku khuatir, Lemahnya diriku memandunya ke arah yang benar Tewas di tengah perjalanan, Itu yang amat ku risaukan Ya Allah, Jangan biarkan aku menzahirkan perasaanku Pada seseorang, andai belum tiba waktunya, Jangan biarkan aku, Hanyut dalam lautan perasaan, Hingga aku lupa pada sikapku yang sebenar, Andainya perasaan ini membawaku Lebih dekat padamu, Bantulah aku untuk menyalurkannya pada jalan yang benar, Namun, Andai perasaan ini menjerumus diriku pada kebinasaan, Bantulah diriku, untuk melupakan segala yang berkaitan dengannya, Ya Allah, Kuatkan mujahadah ini, Dengan bimbingan yang berpanjangan...