Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Meniti sebuah hikmah

Bila merindui sesuatu, pasti takkan lekang dari ingatan kenangan bersama...
Ya !! benar, sungguh aku merindui sekolah yg amat ku sayangi... Kadangkala aku terfikir,
mengapa suatu ketika dahulu, aku sering berfikir..

         " Ya Allah..cepatlah habis sekolah.. tidak sabar rasanya mau habis sekolah.."

Tapi, bila dah habis sekolah,

        " Ya Allah, bestnya kalau aku masih sekolah! rupanya ndak best cuti lama2. "

Hehe..
macam tulah manusia, kadangkala tidak dapat menyedari hikmah yang Allah simpan dalam setiap lembaran hidupnya. Kadangkala, kita hanya suka merungut, tanpa cuba mencari kebaikan di sebalik kesulitan atau situasi yang kita lalui.. bila dah dijumpai segala kebaikan, barulah ada rasa menyesal..

Sememangnya perjalanan mencari ilmu di tempat orang memang menyeronokkan. Seronok sangat. walaupun jauh dari ibu bapa yang disayangi, tapi, pengalaman di situlah yang mematangkan fikiranku. Kadangkala, ada rasa cemburu pada teman2, kerana mereka mudah sahaja untuk bertemu dengan keluarga mereka.. berlainan situasinya padaku dan adik2ku..
Jarang sekali nama kami tidak mengisi ruangan insan2 yang tidak pulang bermalam. Dan setahu aku, Nama kami sering berada di atas catatan.. mungkin orang yang ambil nama tu pun sudah jemu melihat nama yang sama tiap2 bulan. hehe... 

Tapi.. sebenarnya, ia amat mengajar aku erti kesabaran, dan ketabahan. Aku juga mengerti betapa payahnya menanggung perasaan rindu, jika berjauhan dengan keluarga tersayang. Tak kurang juga, ia turut mengajarku, erti tanggungjawab untuk menjaga adik2ku yang terlalu banyak karenahnya...

Dan pengalaman yang tak mampu untuk dilupakan, ialah, sewaktu aku belajar di Tingkatan enam,
Takkan ku lupakan kesemuanya.. Apatah lagi apabila Allah memberiku peluang untuk mengenali guru-guru Tingkatan 6.. Sungguh, terlalu banyak hikmah dan kemanisan di Tingkatan 6 yang aku peroleh namun tak mampu untuk diberitahukan.. Inilah Hadiah ISTIMEWA buatku yang datangnya dari Allah s.w.t..

Benar! Tidak selamanya kesulitan dan kesedihan akan sentiasa di sampingmu..

Pegang pada Kata2 Ini,

BE POSITIVE AND OPTIMIST ! LA TAHZAN.. INALLAHA MA'ANA..

Sungguh!!! Aku Rindu Untuk Ke Sekolah... 
Rindu pada sahabat2 seperjuangan,
Rindu pada guru2 yang begitu tekun dan berdedikasi..
Rindu pada suasana yang cukup mendamaikan sanubari ini..

Ni ' papan tanda kelas ' kami..hehe 

yang ni pulak... Kelas kami..  berselerak sudah.. sbb sudah abis exam

ni semua muka2 tekun study hehe

 rindu mau belajar macam ni lg..

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat