Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

nukilan hati

” Rasa cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan pada setiap manusia,
Kerana itulah Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. Tapi,
Janganlah hanyut dan leka dengan cinta insan, kerana hakikat insan
Itu, pasti akan pergi menemui ilahi, jiwa akan melara tak terperi.
Lebih baik utamakan cinta Ilahi, ia kekal dan abadi, takkan mungkin pernah mengecewakan hati ”

” Nafsu itu tidak boleh dihapuskan,
Cinta juga begitu, takkan mampu dihapuskan.
Cuma, keduanya boleh dikawal dengan iman,
Semakin kuat keimanan, semakin terpandu arah haluannya menuju kebenaran.
Andai iman itu rapuh, binasalah seluruh kebaikan yang tercipta.
Bijaklah dalam mengendalikan iman,
Kerana itulah kunci perjalanan, menuju redha tuhan..”

#syifa'qalbi














Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat