Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Sigma Nasheed - Senandung Ukhwah | lirik

Allah..Rindu pd sahabat2 ana..
Lagu ni sering menjadi pengubat jiwa
jika rindu bertamu
akan ku ekspresikannya melalui doaku buat sahabat2ku..

" jadikan rabitah pengikatnya,
jadikan doa ekspresi rindu,
semoga kita bersua di syurga,.."

INSYAALLAH!!!








Sahabatku..
Aku Ingin engkau tahu
Bahawa aku bersahabat denganmu, bukan kerana harta mahupun kecantikan yang ada padamu,
Bukan juga kerana kepandaian dan kecerdasan yang terserlah pada dirimu,
Tetapi aku bersahabat dengamu kerana Allah yang satu,
Hayatilah bingkisan ini, ku nukilkan istimewa buatmu,

Selembar kasih sejati,
Takkan termiliki oleh hati yang dengki,
Teman yang sejati,
Sentiasa terpahat di hati
Ia memiliki kunci kehidupan,
Yang akan membuka pintu hati insan,

Sahabat yang sejati,
Tidak pernah membiarkan sahabatnya,
Hanyut dalam samudera kehidupan,
Ia yang akan membawa pada kebaikan

Sahabat yang sejati,
Tidak akan membiarkan sahabatnya kesepian,
Malah ia tidak akan pernah mengundang kesedihan,
Setiap butir katanya memberi dorongan,
Senyumnya sentiasa mendamaikan,
Guraunya sentiasa menceriakan,
Tatkala sahabatnya menghadapi kesulitan,
Tanpa ragu ia menghulur bantuan,
Walaupun kadangkala masalah itu diluar kemampuannya,
Ia tetap berusaha meringankan setiap beban,
Meskipun dia tidaklah sehebat yang di impikan,
sahabatnya di jaga dan di kasihi sepenuh jiwa.

Sahabat sejati,
Sentiasa dekat dalam jiwa sahabatnya,
Meskipun jauh jarak memisahkan,
Namun ia tetap dekat pada sahabatnya,
Walaupun mata dan jasad tak saling bertentangan,
Namun roh dan semangatnya tetap kuat
Menyokong sahabatnya,

Sahabat sejati,
Tatkala sahabatnya tersalah dalam langkah kehidupan,
Ia akan membantu memperbetul setiap langkah itu,
Malah ia akan sentiasa mendoakan, Agar sahabatnya tidak
Khilaf mengatur langkah di masa hadapan,

Sahabat sejati,
Kegembiraan sahabatnya, menjadi kegembiraan jua buatnya,
Ia sentiasa menyenangkan sahabatnya,
Bukan membebankan,

Sahabat sejati,
Ia tidak pernah menjadikan kesilapan lalu mu sebagai alasan,
Untuk ia berhenti dari bersahabat denganmu,
Kerana ia tahu,
Hakikat manusia itu,
Tidak pernah ada yang penuh kesempurnaan,
Pasti akan wujud kekurangan,
Dia tidak pernah ragu untuk berkongsi,
Segala suka dan duka dalam kehidupan,

Sahabatku,
Indahnya aturan Allah,
Ia menemukan aku denganmu,
dan memberi aku peluang mengenalimu,
meskipun Cuma singkat dalam perkenalan,
hatiku ibarat lama mengenal dirimu,

Sahabatku ,
Andai nanti aku tersekat di titian sirat,
Pimpinlah tanganku menuju ke Syurganya.

Bersahabat kerana Allah,
Berkekalan selamanya,
Walau tiba saat perpisahan,
Biarkan ukhuwah itu tetap berkekalan...

Aku bukanlah mahir dalam mengatur bunga dan bait kata,
Namun, ku bingkiskan jua apa yang termampu,
Sebagai tanda penghargaan untukmu
Kerana nilaimu sebagai sahabatku,
Tak akan terbayar dengan  apapun
Yang ada di dunia ini, sepertimana takkan terganti
Ibu dan ayahku walau dengan nyawa sekalipun...

Teristimewa buat sahabat2ku...
Tiniey, lina, fatin, zati, mar, wani b, wani y, dewi, sulmi, dila. khadijah, aiin, ain j, shu,
nana ... dan semua sahabat2 ku di tingkatan 6, 2012-2013.. 
Ukhuwahfillah last till Jannah.. Insyaallah...

Wallhu a'lam..  :)


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat