Posts

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Finally Graduated!! ^^

Image
Thanks to Angah yang sudi jadi Photographer 😃 Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah ala kulli ni'mah.. hari ini, ada sedikit kelapangan masa ku, untuk menulis sedikit coretan di sini. Oh iya, sebelum ku lanjutkan dengan kisah yang ingin ku ceritakan, sesiapa yang membuka blog ini menggunakan komputer, pasti akan dapat mendengar lagu latar yang telah ku letakkan di sini. Lagu ini, tajuknya, Pohon Mangga, nyanyian munsyid Gontor 6, Darul Qiyam. Liriknya indah sekali. melodinya juga sedap untuk dijadikan halwa telinga. ni ja gambar kami yang ada bertiga Baiklah, hari ini, aku ingin bercerita tentang perjalanan ku menuju Konvokesyen setelah 3 Tahun setengah menuai ilmu di Universiti.  8 bulan sebelum konvo, aku sempat merasakan bahawa aku tidak akan dapat hadir ke situ. tahun ini, terlalu banyak ujian yang datang satu persatu menimpa keluargaku, sehingga aku sendiri merasa tawar hati untuk datang ke konvokesyen ku sendiri.. namun, begitulah resmi hi

Lesen Kereta

Image
Source: Google Bismillahirrahmanirrahim..💕💖😻 . Alhamdulillah, setelah berbulan rasanya aku tidak menulis di sini😂..akhirnya ada sedikit kelapangan masaku untuk tidak membiarkan blog ini sunyi sepi. (apa ada ya insan yang sudi singgah kemari..? hahaha.) Hari ini, aku ingin bercerita tentang pengalamanku mengambil lesen kereta. Banyak juga suka duka yang berlaku sepanjang tempoh latihan ku. 😂😂 Kelas pertamaku, adalah sewaktu ceramah sebelum KPP01..ceramahnya lama. Sampai diriku mengantuk tak tertahankan..hehehe..nasib baiklah di sebelah menyebelah semua lelaki, jadi aku mencuba berlagak seperti sedang fokus dan segar..😂😂😂 Kemudian, setelah itu, Ujian komputer pula. Wah2.. ketika hari aku hendak mengambil ujian komputer.. tiba-tiba kak Mimi buat kelas tambahan sampai jam 2.30. Ujian komputer pula jam 3. Perjalanan dari sekolah ke kawasan bandar pula memakan masa 20 minit.. Ma shaa Allah.. risau dan gelabah tidak dapat ku gambarkan. Aku cuma ma

Puisi

Image
Ku bentangkan selembar perasaan, yang terpendam lama di lubuk hatiku, Dan ku pandang ke langit biru, Harapanku menyatu dengan hembusan bayu, Menitip rindu yang selama ini tersipu malu, Menyisipkan tubuhnya pada gumpalan awan yang menggebu Di atas langit biru,  Ku tuliskan harapan, Melalui untaian doa yang menjadi tinta, Sehingga segalanya sampai pada Dia yang mencipta rasa, Dan di atas langit biru itulah, Ku bentangkan jua, segala impian, Impian yang selalu segar, Membenahi jiwa yang mekar dengan tangis dan tawa, Impian tentang indahnya cinta  Yang tidak mampu terluah dengan derasnya kata-kata, Bahkan dentum guruh juga tidak mampu memujuknya bersuara. - bakal ku sambung lagi...

Aidilfitri 2018

Image
Nah..ini kami sekeluarga.  Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua pembaca maya yang ku kasihi sekalian (kalau ada.😂) Tidak terasa pantasnya masa berlalu, Aidilfitri pun sudah melangkah ke hari yang ke lima. Tulisanku hari ini adalah tentang Aidilfitri keluargaku yang mungkin berbeza dengan orang lain. Tahun ini, setelah 4 tahun beraya di Kudat, kami beraya di Pulau Banggi pula. My Parents yg sweet Sejujurnya aku tidak pernah merasa suasana Aidilfitri seperti orang lain. Kesibukan balik ke kampung, bertemu sanak saudara..Aidilfitri ku..cuma berkisar keluarga kecilku sahaja, di tempat yang tak ada sanak saudara. Usai solat sunat Aidilfitri, kami pulang ke rumah, meraikan Aidilfitri dengan merakam memori dengan lensa kamera, lalu bermaaf-maafan, makan, dan seterusnya, kami lalui seperti biasa. Tidak ada aktiviti berkunjung ke rumah kenalan dan taulan. Cuma berhari raya di rumah sambil melayan tetamu jika ada.  so, this is Geom Semariga..Hahaha..m

Tentang Hujan

Image
Google Image H.U.J.A.N Ingin ku bicarakan tentang hujan, Hadirnya seakan sebuah melodi, yang menggema di setiap pelusuk bumi, Menghidupkan nadi bumi yang pernah terhenti Setiap titis yang jatuh Satu persatu menjentik senyum pada bibir keringku Bergemersik sayup di telingaku, Dingin menyentuh kelopak mataku, Hingga mekar melihat panorama di hadapanku Melihatnya jatuh di antara atap rumahku, Laju, Menyentak tanah yang kering dan tandus, Membawa rasa nyaman dalam hatiku, yang sedang berkabus.. Wangian tanah yang semerbak, Memenuhi rongga nafasku.. Damai..sungguh damai perasaanku. Bercak-bercak air mengalir laju, Seakan membawa pergi segala resahku Oh Tuhan, betapa indahnya kurniaanmu Di sebalik hujan ini, Ada rezeki yang Kau kirimkan, Ada cinta yang Kau selitkan Ada rasa yang Kau tinggalkan Ada keindahan yang kau lukiskan  Untuk kami saling berfikir akan setiap kejadian, yang Engkau jadikan dengan hikmah dan pengajaran. Terima Kasih

Aku, Farah dan Facial Mask

Image
Gemuk amat ya diriku rupanya ;') Bismillahirrahmanirrahim.. Lama rasanya daku tidak mencoret sesuatu di sini.. hihi. Rasanya ini adalah tulisan pertama untuk tahun 2018 ^.^. Hari ini, aku ingin menceritakan tentang pengalamanku dan sahabatku sewaktu kami praktikal dahulu. Mungkin tidaklah seseram cerita hantu yang lain. Tapi cukup untuk kita tahu bahawa makhluk-makhluk itu ada. Al-kisahnya, pada suatu malam, aku dan sahabatku, Farah bangun pada tengah malam disebabkan tugasan kami yang belum selesai. Pertama kali menjadi juruacara bukanlah sesuatu yang mudah tanpa teks khusus disediakan. Maka, bergadanglah ("stay up" orang putih bilang) kami berdua untuk membuat teks majlis tersebut. Sebenarnya selepas Isyak kami berdua tertidur dek kerana keletihan yang tidak dapat dibendung. maka terbangunlah kami pada tengah malam... Sambil menyiapkan teks, kami pun bercadanglah untuk membuat 'facial'. Kononnya supaya wajah terlihat segar keesokkan harinya. Jadi