Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Aidilfitri 2018



Nah..ini kami sekeluarga. 


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua pembaca maya yang ku kasihi sekalian (kalau ada.😂)

Tidak terasa pantasnya masa berlalu, Aidilfitri pun sudah melangkah ke hari yang ke lima. Tulisanku hari ini adalah tentang Aidilfitri keluargaku yang mungkin berbeza dengan orang lain. Tahun ini, setelah 4 tahun beraya di Kudat, kami beraya di Pulau Banggi pula.

My Parents yg sweet

Sejujurnya aku tidak pernah merasa suasana Aidilfitri seperti orang lain. Kesibukan balik ke kampung, bertemu sanak saudara..Aidilfitri ku..cuma berkisar keluarga kecilku sahaja, di tempat yang tak ada sanak saudara. Usai solat sunat Aidilfitri, kami pulang ke rumah, meraikan Aidilfitri dengan merakam memori dengan lensa kamera, lalu bermaaf-maafan, makan, dan seterusnya, kami lalui seperti biasa. Tidak ada aktiviti berkunjung ke rumah kenalan dan taulan. Cuma berhari raya di rumah sambil melayan tetamu jika ada. 


so, this is Geom Semariga..Hahaha..my sisters




Hari kedua dan seterusnya.. sudah tamat istilah hari raya bagi keluarga kami..hehe..begitulah setiap tahun. Dari kecil sehinggalah aku dewasa. Pernah juga kami meraikannya di Pulau Pinang, dan Kampung ibuku di Semayan, namun itu cuma sekali. Itu pun sewaktu kami masih kecil. Nah, tahun ini, ada juga sedikit perbezaan hari raya kami walaupun tidak banyak.



with my "kembar" tapi tak serupa








Pertamanya, kami berhari raya di Batu Layar, di kampung tempat kami diami sekarang. Keduanya, kami balik ke kampung ibu selama 2 hari. Tahun ini, tahun pertama setelah bertahun lamanya kami tidak pulang ke sana. Istimewanya, tahun ini kami ke sana menggunakan jalan darat sepenuhnya. kalau dahulu, perlu melalui jalan darat dan kemudian melintasi laut pula.

my youngest sister





Rasanya, itu sahaja yang dapat ku coretkan kali ini, kerana itu sahaja yang mampu ku bicarakan. selebihnya, biarlah gambar-gambar yang ku letakkan di sini yang bercerita.😉




Raya di rumah pacik di kampung











Ibu, Nyi2, dan Adudu
Angah and me ^^
                                                                                             
sian dia bergambar sorang2😂


Alhamdulillah, itu sahajalah yang dapat ku selitkan di sini. yang lain biarlah menjadi tatapan kami sendiri. hehe.. namun, satu yang amat ku syukuri ialah, ibu ku sudah kembali emosinya seperti biasa.. moga ibu dan bapa gembira dan sihat selalu..amiiin.

Salam Sayang, 

Syifa'Qalbi


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat