Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Aku, Farah dan Facial Mask



Gemuk amat ya diriku rupanya ;')


Bismillahirrahmanirrahim..

Lama rasanya daku tidak mencoret sesuatu di sini.. hihi. Rasanya ini adalah tulisan pertama untuk tahun 2018 ^.^.

Hari ini, aku ingin menceritakan tentang pengalamanku dan sahabatku sewaktu kami praktikal dahulu. Mungkin tidaklah seseram cerita hantu yang lain. Tapi cukup untuk kita tahu bahawa makhluk-makhluk itu ada.

Al-kisahnya, pada suatu malam, aku dan sahabatku, Farah bangun pada tengah malam disebabkan tugasan kami yang belum selesai. Pertama kali menjadi juruacara bukanlah sesuatu yang mudah tanpa teks khusus disediakan. Maka, bergadanglah ("stay up" orang putih bilang) kami berdua untuk membuat teks majlis tersebut. Sebenarnya selepas Isyak kami berdua tertidur dek kerana keletihan yang tidak dapat dibendung. maka terbangunlah kami pada tengah malam...

Sambil menyiapkan teks, kami pun bercadanglah untuk membuat 'facial'. Kononnya supaya wajah terlihat segar keesokkan harinya. Jadi, selepas semua teks telah kami siapkan, dan wajah pun sudah dibersihkan, kami terus memakai 'mask' yang kami beli di Watson.

Selamat sahaja 'mask' tersebut mendarat di muka, maka mata kami pun layu semula...dan tertidurlah kami berdua dengan 'mask' yang masih basah. Entah setelah beberapa lama, aku terlihat sahabatku, Zaza masuk ke bilik kami untuk mengambil pakaiannya yang hendak diseterika tengah malam itu. Dek kerana penglihatanku samar-samar dan mamai, maka aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Tetapi dalam samar itu pun aku sempat menutup mukaku dengan bantal kerana malu jika terlihat wajahku dengan 'mask' tersebut. Sementelah itu, telingaku sempat mendengar Zaza berkata,

" Andu bah..dua-dua pakai 'mask' "

Selepas itu aku dengar derap kakinya melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan kami berdua di situ.

*** Usai solat Subuh dan mandi***

Aku merasa aneh melihat Zaza sedang menyeterika bajunya dan pakaian tidurnya bukanlah berwarna seperti yang ku lihat tengah malam itu. Tapi ku diamkan sahaja, kerana mungkin aku kurang ingat tentang warna bajunya. Namun, rasa ingin tahuku membuak-buak.. Sehinggalah bila kami berada di dalam kereta, aku bertanyakan hal tersebut kepada Zaza.

***

Aku; Za, semalam kau ada datang ka pi bilik ambil baju?

Zaza; Semalam? teda Ikha, lepas Isyak semalam memang saya terus tidur mati.. tulah yang masa
          Subuh baru saya terbangun. Kenapa?

Aku: Betul bah Za. Habis tu sepa yang semalam datang pi bilik lepas tu cakap,"andu bah..dua-dua              pakai 'mask' "  Banar Za, saya dengar suara kau dan nampak macam kau pula tu semalam..

Zaza: Teda Ikha.. saya tiada datang bilik kamu semalam..

Aku; Nah..siapa la tu Za..😂😂

(Maaf, kerana dialog ini ku tulis di dalam bahasa kami supaya lebih dapat penghayatannya..hehe)

Farah pula memang tidak menyedari kejadian itu kerana dia sudah lena dibuai mimpi.

***

Maka aku mulai merasa paranoid untuk beberapa hari setelah kejadian itu... apa-apapun, di bumi ini bukan cuma kita yang menghuninya. Jadi berhati-hatilah. Mujurlah malam itu 'Zaza' tidak menyebut namaku..😓..

Tapi syukurlah kami berjaya melaksanakan tugas kami sebagai juruacara dengan baik. Kesimpulannya, janganlah pakai 'mask' malam-malam 😂 (gurau jak). Kalau mau pakai tu, cabutla dulu kalau sudah kering. Mana tau esok harinya 'mask tu hilang entah ke mana-mana. Nanti jadi sampah lagi atau jadi tempat serangga bersuka ria.. Kan?

Begitulah kisahnya. Tidaklah terlalu seram apa yang ku alami ini.. sekadar mahu berkongsi cerita, sekaligus menggamit nostalgia lama..😃



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat