Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di aksesπŸ˜ͺ (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Lesen Kereta

Source: Google





Bismillahirrahmanirrahim..πŸ’•πŸ’–πŸ˜»
.
Alhamdulillah, setelah berbulan rasanya aku tidak menulis di siniπŸ˜‚..akhirnya ada sedikit kelapangan masaku untuk tidak membiarkan blog ini sunyi sepi. (apa ada ya insan yang sudi singgah kemari..? hahaha.)

Hari ini, aku ingin bercerita tentang pengalamanku mengambil lesen kereta. Banyak juga suka duka yang berlaku sepanjang tempoh latihan ku.
πŸ˜‚πŸ˜‚
Kelas pertamaku, adalah sewaktu ceramah sebelum KPP01..ceramahnya lama. Sampai diriku mengantuk tak tertahankan..hehehe..nasib baiklah di sebelah menyebelah semua lelaki, jadi aku mencuba berlagak seperti sedang fokus dan segar..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kemudian, setelah itu, Ujian komputer pula. Wah2.. ketika hari aku hendak mengambil ujian komputer.. tiba-tiba kak Mimi buat kelas tambahan sampai jam 2.30. Ujian komputer pula jam 3. Perjalanan dari sekolah ke kawasan bandar pula memakan masa 20 minit.. Ma shaa Allah.. risau dan gelabah tidak dapat ku gambarkan. Aku cuma mampu berharap aku sempat sampai di JSL sebelum jam 3...dan... ya, aku sampai, namun lewat 5 minit.. syukurlah masih boleh ambil ujian tu..lega..πŸ˜ƒ..dan Alhamdulillah, tanpa ku sangka, aku lulus..alhamdulillah..kalau tidak..melayanglah duit rm 30πŸ˜‚.. sudahlah ketika itu, aku betul2 kekurangan duit...hahaha..syukurlah Allah bantu..

Seterusnya, ambil KPP02 pula. Amali di litar..ya Allah, 5 jam di litar ni, macam2 benda jadi.. tidak pernah langsung bawa kereta, memang sangat terkial-kial dan susah minta ampun..dari jam pertama sampailah yang terakhir, semua ku buat dengan ditemani cikgu. Langgar tembok la, langgar itu langgar ini, belum termasuk tahap lambatnya aku memproses apa yang di maksudkan oleh cikgukuπŸ˜‚. Nasib baik cikgu tu penyabar. Pernah sekali, dia memberitahu kepadaku, untuk Parking, kena selaraskan tayar dengan bucu 4 inci.. Ya Allah, entah macam mana la wajahku tika itu, siap garu2 kepala lagi..hahaha. dan akhirnya aku terpaksa menambah masa 3 jam untuk amali di litar sebelum ujian QTI. hahahaha

KPP03 pula, haaa.. yang ini lagi banyak ujian. Orang lain semuanya ambil KPP03 5 hari, aku pula ambil 8 hari sebab jadual penuh. semua jam 5 pula tu. hahaha. Ada hari yang terpaksa bawa kereta di luar semasa hujan..disebabkan aku masih belum mahir menggerakkan tombol pengelap cermin, sepanjang jalan cikgu yang buatπŸ˜‚. Ada juga hari yang di jalan raya terlalu banyak halangan. Kereta bomba di tengah jalan la, jem la, anjing main2 la..

Haaa..yang bab anjing ni, ya Allah... boleh pula anjing tu main2 di tengah jalan raya, lepas tu bila kita berhenti untuk elak dari terlanggar dia, dia pi menyalak marah pada kita..😀. Dan itu adalah antara peristiwa memalukan sepanjang belajar kereta sebab aku teriak dengan sekuat hati kerana ku sangka sudah terlanggar.. sepanjang hidupku, aku tidak pernah teriak sebegitu di hadapan orang lain..Ya Allah... terus cikgu tu pun cakap, " jangan kau risau, anjing tu di luar, dia tidak akan gigit, paling2 pun kalau dia mau menggigit, dia dapat gigit tu tayar jak". (cikgu, saya bukan takut anjing tu gigit...πŸ˜…)

Lepas tu QTI..QTI ni, dari malam sebelumnya lagi, aku sangat susah melelapkan mata. Alhamdulillah..lulus la juga..sewaktu aku menghantar borang ke pejabat, cikgu ku bertanya, macam mana? Gagal ? Apa Cikguuuuu..janganlah tanya begitu...πŸ˜“

Esok adalah penentu, sama ada aku akan berjaya mendapatkan lesen atau tidak. Doakan kejayaan ku ya..Esok Ujian JPJ..moga di permudahkan, kerana aku sangat2 memerlukan lesen ini memandangkan bulan 11 yang akan datang, aku sudah tidak punya tumpangan ke sekolah kami yang lumayan jauh. 

Terakhir untuk coretan ku hari ini, terima kasih kepada Kak Mimi yang sudi tumpangkan ke sekolah dari mula Posting lagi. Terima kasih juga, untuk Kak Yana, Kak Yah, dan Kak Afsah.. sebab sudi hantar dan ambil ke tempat belajar memandu tu setiap hari. jasa kalian tak mampu untukku balas dengan hanya ucapan terima kasih.. semoga Allah memberkati hidup kalian..

P/S : Mohon maaf atas bahasa yang ku gunakan dalam tulisan ku kali ini. Ku kurangi sedikit formaliti agar tulisan ku di fahami.

Update terbaru: Alhamdulillah Lulus Ujian JPJ. Tulisan ini ku tulis sebelum ujian JPJπŸ˜‚

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat