Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di aksesπŸ˜ͺ (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Finally Graduated!! ^^



Thanks to Angah yang sudi jadi Photographer

πŸ˜ƒ Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah ala kulli ni'mah.. hari ini, ada sedikit kelapangan masa ku, untuk menulis sedikit coretan di sini.

Oh iya, sebelum ku lanjutkan dengan kisah yang ingin ku ceritakan, sesiapa yang membuka blog ini menggunakan komputer, pasti akan dapat mendengar lagu latar yang telah ku letakkan di sini. Lagu ini, tajuknya, Pohon Mangga, nyanyian munsyid Gontor 6, Darul Qiyam. Liriknya indah sekali. melodinya juga sedap untuk dijadikan halwa telinga.

ni ja gambar kami yang ada bertiga
Baiklah, hari ini, aku ingin bercerita tentang perjalanan ku menuju Konvokesyen setelah 3 Tahun setengah menuai ilmu di Universiti. 

8 bulan sebelum konvo, aku sempat merasakan bahawa aku tidak akan dapat hadir ke situ. tahun ini, terlalu banyak ujian yang datang satu persatu menimpa keluargaku, sehingga aku sendiri merasa tawar hati untuk datang ke konvokesyen ku sendiri.. namun, begitulah resmi hidup, kita hanya merancang, tapi Allah lah yang mengatur dan menentukan segalanya, sesuai dengan diri kita.

Dan... Alhamdulillah.. tepat 28 Oktober 2018, aku hadir di sini, di atas padang lapang UPM yang besar dan indah. dan seluruh flora dan fauna menjadi saksi bahawa aku akhirnya berjaya sampai ke sini jua.

Namun di sebalik rekahan senyum ku, ada kisah yang sedikit menyedihkan bagiku. Pagi itu, bapaku sempat tidak mahu dan tidak berkenan pun untuk datang bersama-sama ke UPM. Saat itu, aku cuma mampu berdiam sambil memikirkan, mengapa bapaku tidak mahu datang melihatku mengambil ijazah kuπŸ˜₯..sehingga aku terfikir,
"Apa bapa tidak mau datang sebab ijazah ku cuma ijazah kelas kedua saja ya..kan bapa pernah cakap, kalau aku tidak dapat ijazah kelas pertama, bapa tidak mau datang pun konvo"
Sejujurnya, lama-lama, aku merasa dipengaruhi pemikiran seperti itu..Sememangnya aku sedih pada ketika itu, kerana, sebenarnya, inilah kali pertama ku, datang ke majlis besar seperti ini, bersama ibu dan bapaku. Iya, kerana diriku bukanlah seorang yang pintar seperti adik-adikku yang dari UPSR sampailah SPM, semua 'straight' A. maka, ibu dan bapaku tidak pernah pun dipanggil untuk hari anugerah sewaktu aku masih di sekolah dulu.


Angah ^^
Dahulu, setiap kali datang ke sekolah untuk mengambil keputusan adik-adikku, aku selalu merasa cemburu melihat mereka. Selalu sahaja aku melihat betapa indahnya senyum ibu dan bapaku pada masa itu. Sedangkan aku, tidak pernah merasakan itu. Bukanlah aku mahu mengatakan ibu dan bapaku pilih kasih, sama sekali tidak. Setiap kali keputusan peperiksaanku diumumkan, ibu bapaku ada, namun, ada sedikit rona kecewa pada senyum mereka meski di sulami dengan kata-kata semangat untukku terus cuba memperbaiki kelemahan ku.

Aku masih ingat, ikrar ku sewaktu peperiksaan PMR dan SPM dahulu,
"Suatu hari nanti, aku mahu melihat namaku terpampang pada papan besar di dalam dewan sekolah ku ini."
Dan..iya, Alhamdulillah, aku berjaya menjadikan impian itu nyata sewaktu STPM. 7 tahun masa yang Allah beri, untuk mengajarku bersabar dan terus berdoa tanpa lelah kepadaNya. Sewaktu Ihtifal Hari Anugerah Pelajar Cemerlang sekolah ku pada tahun itu, Alhamdulillah, aku tersenarai antara 13 orang pelajar terbaik bagi peperiksaan STPM.

moneng ^^
Namun, pada saat itu, yang datang cuma bapaku, itu juga dalam keadaan yang agak kelam kabut. Ibu pula tidak dapat hadir kerana menduduki peperiksaan untuk tahun akhir pengajiannya. Sedih kan? waktu itu, aku seolah terpinga-pinga..seolah aku tidak merasakan pun bahawa hari itu adalah hari yang ku impikan sejak dahulu.

Kerana itulah, aku sangat berharap, agar bapa dan ibu sudi datang sewaktu Konvokesyen Universitiku. Setiap hari, semenjak tahun pertama di universiti, ku langitkan doa, agar Allah memberi ku kesempatan untuk melihat ibu dan bapaku ada pada hari yang sangat ku nantikan.

Ibu ^^







Daaan.. Alhamdulillah, bapaku akhirnya mahu datang bersama kami semua. Meskipun bapaku tidak mahu masuk ke dalam dewan, kehadirannya pun sudah cukup membuat hatiku gembira dengan perasaan yang tidak mampu ku gambarkan.

Setelah hampir 4 jam berada di dalam dewan, Alhamdulillah, diriku sudah rasmi bergelar Graduan Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Pengkhususan Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia.😍. Sememangnya tidak sehebat sahabat-sahabat ku yang mendapat ijazah kelas pertama. Namun, aku cukup bersyukur, kerana Allah memberiku kesempatan, untuk merasai betapa indahnya zaman belajar di Universiti. Segala jerih payah yang ku curahkan, tiada siapa yang lebih tahu, melainkan Allah sahaja. 

Tentu saja, insan yang paling gembira, adalah ibu bapaku sendiri. Keluar sahaja dari dewan, aku terus mencari mereka..dan ketika itulah, aku disambut dengan wajah indah ibu dan adik-adikku. Dan paling mengejutkan, bapaku yang tadinya masam wajahnya, tersenyum sambil berkata, "Tahniah kakak" lantas ku kucup tangan dan pipi bapaku dengan penuh rasa terharu.

Bapa ^^

Alhamdulillah Ya Rabb.. terima kasih atas segalanya..

Di sini, ku letakkan jua gambar-gambar sewaktu konvokesyen ku, sebagai kenangan untuk ku ingati sampai masa depan. πŸ˜„πŸ˜„.

Mohon maaf sekiranya, sesiapa sahaja yang membaca tulisan ku ini beranggapan bahawa bahasa yang ku gunakan kurang teratur atau tidak sopan.. (ya, kerana aku pernah ditanya, "ika, kenapa orang Sabah suka guna "kau aku"..macam kasar pula tu ) 😐😢.. hehe.tapi tidak apalah..sebab mereka tidak biasa dengan budaya kami. Sebenarnya tergantung pada individu. Bukan semua orang Sabah cakap guna "kau aku". Luaskan perspektif dan terimalah perbezaan. πŸ˜‰.



Amboi anti Uji di belakang tu πŸ˜‚





mangsa buli πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sepupu2 yang muda belia semuanya







 



Ok.πŸ˜ƒselesai. Ada banyak gambar sebenarnya. Tapi biarlah jadi simpanan peribadi sahaja. Sampai jumpa lagi, di lain tulisan..In Shaa Allah 😊

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat