Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Puisi?




Ciyeee..Siapa tu,,,yang lagi ngingis-ngingis, 😊
Baiklah...ku mulakan puisi cabuk ku ini, dengan Bismillah..


Perasaan ini, 
Adalah hal terindah pernah ku miliki,

Namun, rasa itu hanya ku simpan,
Jauh terbenam di sudut hati.
dan tidak mampu untuk ku selami,
dengan kudrat yang lemah ini,

Perasaan ini, 
Ku pendam dan ku dakap erat,
dengan berhati-hati,
Bimbang terluah tanpa ku sedari,
Lantas menebar suasana yang tiada simpati,

Kerana aku tahu, 
Kehadirannya saat waktu tidak mengizinkan lagi,
Akan membuat langkahku mati,
Lalu lupa pada Dia yang menumbuhkan segala rasa
yang paling indah dalam sanubari...


P/s; akan disambung setelah ilham datang, sekarang sudah tersekat😂
Sekadar Nukilan,
Salam Sayang, Syifa'Qalbi

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat