Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Nukilan Rindu

Image result for happy



Eka, Efa, Echa (Ika, Farah, Zaza)^^

Jika ku bicarakan, seluruh kisah kami disini,
maka tidakkan habis walau ku tulis dengan semahuku,

Pilihan kami untuk bersama mengharungi
saat penting dalam proses pengajian kami,
sebenarnya tidak dirancang,
awalnya kami bersepakat untuk bersama,
namun, kami memilih membawa haluan sendiri

Akan tetapi, perancangan Allah berkata lain,
akhirnya, setelah ditimbang tara, sekali lagi,

 kami memilih untuk berada di tempat yang sama,
pelbagai kisah suka dan duka yang kami lalui,
senyum dan gelak tawa, sentiasa menghias hari,
terkadang jua ada waktunya kami bermasam muka, 

juga mencipta adegan air mata,





Namun, tanpa sedar,
semua itu mewujudkan rasa kasih dan sayang yang tidak terhingga,
sehinggakan kami tidak terasa asing seperti sebelumnya,

Rutin harian kami, mencari makanan untuk memenuhi selera,
terkadang juga berjalan walau tidak membeli apa-apa,
Jika ada kelapangan masa,
eksperimen memasak adalah perkara yang kami suka,
terkadang juga berlaga dengan lipas yang selalu muncul tiba-tiba.

Ada suatu ketika, saat kami hendak keluar bertiga
dari Rumah Persekutuan,
seekor anjing muncul secara tiba-tiba dari bawah kereta
maka terperanjatlah kami tak terkira,
lalu Farah bersembunyi di sebelahku,
sambil melantunkan suaranya dengan nyaring tanpa jeda,
Aku dan Zaza cuma mampu mengawal rasa, 

melihat anjing yang nampaknya
membawa sekali kawan-kawannya,
sambil kami cuba menenangkan Farah yang asyik dengan 'latihan suaranya' ;)
Sekelip mata, terdengar salakan anjing yang merdu sambil melihat kepada kami bertiga,
lalu kami berlari menuju ke kereta bagaikan tidak cukup tanah,

Setelah semuanya masuk ke dalam perut kereta,
ketawa kami meletus dengan segera ,
sambil memerhati di manakah gerangan anjing itu berada,
lantas masing-masing menarik nafas lega,


Dan Farah berkata,
"Aku bersembunyi di sebelah si Ika, supaya,
Kalau anjing tu menyerang, si Ika dulu yang dia jumpa" ;) :D
semenjak dari itu, kami selalu berjaga-jaga dengan kehadiran mereka :)






Gurau senda Abang Din juga sukar untuk kami lupa,
Latahan Kak Jai juga menjadi penghibur jiwa,
Karenah Kak Noi cukup membuat kami tersenyum suka,
dan Abang Asroy yang selalu bergurau tanpa di duga.
Tidak lupa juga Abang Zul yang penuh dengan sifat lucunya
Kak nong yang begitu ceria perwatakannya
serta Kak Jie yang kekal dengan sifat ayunya..

Oh ya.. sebelum terlupa.. 
Kak Munirah yang belum pernah kami jumpa,
Ada jodoh pasti kita bertemu jua.. ^^





Begitu juga penyelia kami yang cukup berwibawa,
perwatakannya yang bersahaja,
membuat kami tidak kekok berada di bawah seliaannya,
meskipun terkadang ketegasannya menakutkan kami bertiga,
namun ia tetap mampu membuat kami kagum kepadanya.
Itulah dia ustaz Mohd Zamree Kautis Abdullah,
yang fasih berbahasa, serta indah budi pekertinya, seindah namanya.

Tidak lupa juga, Ketua Sektor SPI,
Dr Haji Mohd Kassim bin Tusin,
yang telah berbesar hati menerima kehadiran kami di sana,
jasa tuan tidak akan pernah kami lupa,

Dan teruntuk seluruh warga SPI, 

Ustaz Suffian, Ustazah Saidah, Ustazah Dayang, Ustaz Mahmud, Ustaz Kahiru, Ustaz Azam, Tuan Nor Salleh, Ustaz Sabudin, Ustaz Ismail, Ustaz Ali, Ustaz Che Noor, Ustazah Nurul, Ustazah Laila, Ustazah Nadzirah, Ustazah Istiqamah, Ustaz Najib, Ustaz Azhari, dan Ustaz Junaidi,

Terima kasih kerana sudi menerima kami..
serta banyak memberi kepercayaan kepada kami,
untuk melakukan pelbagai perkara sepanjang kami berada di SPI.
Segalanya akan tetap tersemat dalam jiwa kami,
dan semoga nanti kita dipertemukan lagi,
dalam limpahan kasih Ilahi..







Image result for memory quotes


Sekadar nukilan, pengubat rindu, dariku,
Meskipun mungkin, cuma aku yang berlebihan dalam mencipta nostalgia,
Namun ku tuliskan jua sebagai memori yang pernah menjadi sebahagian dari kehidupanku di dunia,

Sekian, 
Penulis cabuk yang bahasanya masih belum indah susunannya.. 


Salam Sayang, 
Syifa'Qalbi
15 September 2017
( Genap 1 bulan 4 hari kami meninggalkan SPI)

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat